Sekalung tahniah buat anak seni, Shah Indrawan Ismail atau dikenali sebagai Tomok atas kejayaan menggenggam ijazah baru-baru ini. Tanggal 23 November pastinya menjadi detik bahagia bagi suami Ayu Abas ini apabila Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Utara Malaysia (UMM) berakhir dengan jayanya.
Siapa sangka di sebalik kesibukan Tomok sebagai penyanyi, dia mampu menamatkan pengajian atas dorongan isteri tercinta, anak-anak dan keluarga tersayang. Memang wajar diberi pujian!
Tomok menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan kepujian bersempena Istiadat Konvokesyen UUM ke-36.
Difahamkan pelantun lagu Aku Datang ini mengikuti kursus pengajian berkenaan secara PJJ bersama beberapa rakan selebriti lain selama sembilan semester bermula dari tahun 2015 hingga 2020.
Khabar gembira itu turut dikongsikan bapa tiga cahaya mata ini di media sosial miliknya. Antara individu terbahagia melihat kejayaan Tomok pastinya isteri tercinta, Ayu Abas yang setia menyokong minat dan kerjaya suami.
Luah Ayu, “Alhamdulillah. Tahniah ayah. Semoga menjadi sumber inspirasi anak-anak.
No matter how old are you, no matter what you will be in the future, ada kudrat ada rezeki genggamlah segulung ijazah. Ilmu itu lebih bernilai dari harta dunia.
It will bring you round your world. Keep my word, there is no harm neither there is no loss nor regret when you spend time a bit time to learn, to study looking for knowledge even as small as it is. Kasi buat sampai jadi.”
Sebelum mendirikan rumah tangga, isteri Tomok iaitu Rahayu Abas merupakan pramugari MAS. Pasangan ini berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.
Selain bergelar penyanyi, Tomok juga merupakan pemilik tiga outlet francais iaitu dua cawangan Chatime di AEON Mall Shah Alam dan Setia City Mall serta Street Churros di AEON Mall Seremban 2.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/12-tahun-kahwin-ada-3-anak-kejayaan-tomok-miliki-3-outlet-francais-cetus-inspirasi/
This website uses cookies.