Alhamdulillah, Ella dan Datuk Amy Search serta pasangan masing-masing selamat tunai ibadah haji tahun ini. Berangkat ke Tanah Suci beberapa hari sebelum menjelang 10 Zulhijjah, kedua-dua lagenda rock terkenal tanah air ini tidak mendedahkan pemergian mereka sebagai dhuyufurrahman tahun ini kepada umum.
Ads
Sebaliknya Ella dan Datuk Amy Search hanya berkongsi foto mereka dan pasangan di Instagram selepas selesai berwukuf.
Datuk Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menunaikan Rukun Islam kelima itu bersama isteri tercinta, Norhasniza Hassan.
Manakala Ella atau pemilik nama Norzila Aminuddin mengerjakan ibadah haji bersama suaminya iaitu Azhar Ghazali.
Menerusi perkongsian di media sosial, Ella memanjat kesyukuran menjadi salah seorang daripada jutaan jemaah haji bagi 1445 Hijrah.
“Alhamdulillah hari ini 10 Zulhijjah Ella dan Azhar telah selesai sempurnakan sebahagian dari Rukun Haji.
Ella juga sempat abadikan momen sewaktu wukuf di Arafah dengan curahan doa yang baik buat anda semua agar jadi sebahagian dari kenangan manis buat memori kita bersama.
Terbanglah ke sini mencari abadi, Terbanglah ke mari, mencari hakiki. Jagalah diri mu selalu. Selamat hari raya Aidiladha.”
Sementara itu, Datuk Amy turut tidak ketinggalan berkongsi perkembangan selepas selesai berwukuf di Arafah dan lebih bermakna hari istimewa tersebut jatuh pada ulang tahun kelahiran suri hati kesayangan.
“Demi cintaku padamu, ke mana pun akan kau ku bawa, ke hujung dunia ke Bintang Kejora. Wukuf hari teristimewa buat bidadariku. Ini hadiah terindah dari Allah SWT buatmu Hajah Nor, hari panggilan yang dinantikan, lebih istimewa kerna hari wukuf jatuh di hari lahir mu. “Barakallah fii Umrik.”
Begitulah aturan Allah SWT, begitulah kehendaknya. Kita wukuf bersama di hari terindah ini 9 Dzulhijjah 1445 bersamaan 15 Jun 2024. Semoga kite mendapat haji mabrur. Selamat Hari Lahir Hajah Nor Hasniza Hassan. Cinta ku padamu hingga ke Jannah.”
Moga Ella dan pasangan serta Datuk Amy dan isteri dikurniakan haji mabrur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hampir dua tahun si kecil anda dilahirkan. Zahirnya, dia kelihatan normal tetapi hanya sedikit perkataan terpacul dari mulutnya. Semakin hari, semakin risau si ibu namun si kecil tadi tetap dengan aktiviti lasaknya. Masih menyanyi, berborak dan membebel walaupun butir bicaranya tidak jelas dan lancar. Bagi ibu bapa, selain membawa mereka bertemu pakar, anda tidak perlu berfikir yang bukan-bukan. Informasi ini pasti menambah pengetahuan anda.
Kenali si kecil ‘late talker’
Kanak-kanak berusia 18 hingga 30 bulan
Boleh memahami bahasa atau percakapan dengan baik
Meningkatkan keupayaan skil bermain, berfikir dan sosial
Boleh memberi tindak balas terhadap sesuatu emosi
Terhad dari segi pertuturan dan penggunaan perkataan
Ketahui bagaimana untuk menilai keupayaan ‘late talkers’:
Sebelum 12 Bulan
Si kecil akan memulakan butiran atau sebutan mereka dengan penggunaan perkataan yang singkat-singkat. Bercakap secara lembut dan mengagah adalah peringkat awal perkembangan pertuturan mereka. Semakin usia mereka meningkat, pertuturan si kecil bertambah jelas dengan penggabungan perkataan singkat menjadi satu perkataan. Biasanya anda boleh melihat peningkatan ini pada usia mereka sembilan bulan.Perkembangan mereka boleh terus diperhatikan dengan keupayaan untuk peka kepada bunyi. Mereka mula mengenali objek-objek yang paling hampir seperti botol susu dan puting. Seandainya mereka tidak memberi tindak balas terhadap perkara-perkara ini, anda perlu membawa mereka berjumpa doktor pakar pendengaran.
Dari 12 Hingga 15 BulanDalam usia sebegini si manja perlu menghasilkan pelbagai bunyi pertuturan ketika diagah seperti p, b, m, d, atau n. Mereka mula meniru bunyi yang lebih kurang dengan perkataan yang diucapkan oleh ahli keluarganya. Biasanya satu atau lebih perkataan yang diucapkannya (tidak termasuk “mama” dan “papa”) secara spontan. Kata nama seperti “bayi” dan “bola” adalah perkataan awal si manja. Anak anda juga berupaya untuk memahami dan mengikut arahan mudah seperti “berikan Mama bola itu.”
Dari 18 Hingga 24 BulanKanak-kanak mempunyai pelbagai keupayaan dan lazimnya mereka boleh menyebut 20 patah perkataan. Semakin meningkat usia, semakin banyak perkataan yang boleh disebut oleh si kecil. Jika diperhatikan, si manja anda mula menggabungkan dua perkataan untuk membuat ayat-ayat yang mudah seperti “adik menangis“ atau “bas besar.”
Dari 3 Hingga 4 Tahun
Ibu bapa sering menjadi saksi kebijaksanaan anak-anak menggunakan perkataan dalam komunikasi mereka. Perbendaharaan kata kanak-kanak di usia ini perlu menunjukkan peningkatan seiring dengan kefahamannya.Pada usia tiga tahun, mereka mampu untuk menerima arahan dan bertindak balas terhadap apa yang disuruh. Contohnya, jika mereka disuruh menyimpan kembali barang mainan yang berselerak ke dalam bakul atau duduk untuk menikmati hidangan.
Apa yang perlu anda lakukan?
Bawa mereka berjumpa doktor
Pertemuan dengan pakar untuk memeriksa pendengaran mereka adalah langkah pertama yang perlu diambil. Sesetengah ibu bapa berpendapat, setelah melepasi ujian pendengaran sewaktu bayi baru dilahirkan, ia menunjukkan bahawa si kecil tidak mempunyai masalah pendengaran. Pendapat ini adalah salah dan sebagai ibu bapa, anda perlu membawa mereka bertemu pakar.
Perhatikan tindak balas tubuh badan, cara bermain dan pandangan mata
Selidik gerak-geri mereka terutama ketika mereka berada di sekeliling rakan-rakan mereka. sekiranya mereka dilihat agak ketinggalan, bawa si kecil bertemu dengan pakar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program yang sesuai untuk mereka.
Aktiviti berulang
Baca buku atau nyanyian secara berulang kepada si kecil. pengulangan ini boleh membantu mereka mengingati dan mengikut apa yang dibaca dan dinyanyikan. Lama kelamaan, mereka boleh menyambung nyanyian anda dengan perkataan, dan ini boleh menambahkan koleksi perkataan si kecil.
Gabungkan perkataan dan aksi
Bantu mereka mempelajari kuasa perkataan seperi “Sedia…mula!” sebelum melakukan aktiviti menggembirakan. Ulangi dan anda boleh lihat perkembangan mereka mengikut kata-kata anda.
Sayangi mereka
Kasih dan sayang mengatasi segalanya-galanya. Kanak-kanak perlu disayangi dengan hubungan yang lebih akrab dengan ibu bapa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dramatis terkenal Mia Ahmad atau nama penuhnya Samihah Ahmad Baderi akhirnya mendedahkan wajah dan nama cahaya mata ketiganya kepada peminat buat kali pertama menerusi hantaran di media sosialnya.
Selamat melahirkan bayi perempuan pada 17 Januari, Mia menerusi hantaran di Instagram, mengumumkan nama penuh anaknya bersama pemain bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd Izham Tarmizi adalah Imaani Binti Mohd Izham Tarmizi.
“Assalamualaikum everyone! Meet our 3rd baby, Imaani Binti Mohd Izham Tarmizi,” tulis Mia di hantaran Instagramnya. Hantaran Mia tersebut telah dibanjiri dengan komen dan respon peminat dan rakan selebriti yang teruja melihat kecomelan anak Mia sambil menitipkan rasa syukur dan teruja melihat wajah Imaani dengan mata bulatnya itu.
Untuk rekap, Mia Ahmad yang mulai terkenal menerusi drama dan telefilem seperti Rindu Awak 200%, Hati Perempuan, Mr. Boss Miss Stalker, Jejak Karmila dan Sara Kirana telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sayf Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun. Sebelum ini sumber melaporkan yang Mia sudah berpindah bersama anak-anak mengikut suami ke negeri Pahang.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, kes tuntutan mutaah oleh penyanyi Lufya Omar terhadap bekas suami, Dr Hafiz hangat diperkatakan selepas selebriti wanita itu membuat tuntutan mutaah sebanyak RM1 juta di mahkamah.
Ekoran daripada itu, Dr Che Hafiz yang ditemui bersama isterinya, Julia Farhana Marin mengakui terkejut apabila mendapat notis daripada mahkamah berkenaan hal tersebut setelah tiga tahun berpisah.
Akan tetapi, selain daripada isu tuntutan tersebut, ramai warga maya teruja melihat tindakan Julia yang tetap menyantuni Lufya ketika di mahkamah.
Video yang dikongsi oleh Media Hiburan itu mendapat pujian ramai kerana melihat Julia begitu matang dan enggan menjadikan masalah suami dan bekas isterinya satu penghalang untuk dia berbaik-baik dengan Lufya.
Mengintai ruangan komen, ramai warga mayat memuji tindakan Julia yang begitu profesional kerana bukan senang untuk seseorang merendahkan ego dan bertemu dengan seorang yang jarang berjumpa.
Dalam satu temubual semalam, Julia Farhana juga mengakui yang sebaika dia akan mengelak untuk bermusuhan dengan sesiapa dan sedaya upaya mahu berbaik dengan bekas isteri suaminya itu.
NONA mendoakan semoga asbab bersalaman ini sekurang-kurangnya dapat menghentikan segala persengketaan dan semoga kedua-dua pihak kembali berdamai.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...