Baru-baru ini, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat melakukan lawatan peribadi ke Qatar National Library di Doha, Qatar.
Baginda diiringi oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Semasa di Qatar National Library, Baginda menzahirkan rasa kagum dengan koleksi hampir sejuta naskhah buku, di samping arkib manuskrip lama serta peta-peta turun temurun dunia arab yang masih disimpan dengan elok.
Baginda turut melawat ke National Museum of Qatar dan memuji rekabentuk bangunannya yang menyimpan pelbagai artifak dan bahan-bahan sejarah sejak awal penubuhan negara itu.
Semasa berada di Doha juga, Baginda berdua melawat ke Museum of Islamic Arts yang menempatkan koleksi buku-buku peradaban Islam, bahan-bahan kesenian Islam, kaligrafi, serta tekstil yang ada di antaranya berusia hampir 1,300 tahun.
Baginda kemudian berkesempatan singgah ke Olympic and Sports Museum yang merupakan muzium sukan terbesar di dunia.
Muzium ini mempamerkan koleksi-koleksi berharga yang disumbangkan oleh atlet-atlet sukan tersohor dunia termasuk jersi dan piala.
Sumber: Selangorkini
Kredit Foto: Instagram Selangor Royal Official
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.