‘Motherhood Journey’ DAYANG NURFAIZAH, Bahagia Pikul Tanggungjawab Sebagai Ibu!

Dayang Nurfaizah antara selebriti tanah air yang bebas daripada kontroversi. Walau pun kerjaya nyanyiannya cukup cemerlang dan diminati ramai namun kelibat Dayang agak jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan. Ada yang beranggapan dia terlalu menjaga nilai eksklusif diri. Hakikatnya, Dayang adalah seorang wanita lemah-lembut, merendah diri dan mudah didekati.

Menggali sisi peribadi penyanyi bersuara lunak ini, rupa-rupanya ada tanggungjawab lain yang ‘disembunyikan’ Dayang selain aktiviti nyanyian. Patutlah Dayang jarang berada di khalayak kerana kebanyakan masanya diisi untuk keluarga di rumah. Apatah lagi, Dayang turut membawa kedua-dua ibu bapa tinggal bersama di Kuala Lumpur di samping turut menjaga anak kakak yang dibawa dari Sarawak.

“Semuanya bermula lepas kakak saya habis berpantang dan tak ada siapa yang boleh jaga Yaya sebab saya bawa ibu bapa tinggal di KL. Jadi, kami bawa Yaya bersama. Bila dah semakin lama, saya terus ambil keputusan untuk ‘pinjam’ tanggungjawab sebagai ibu daripada kakak dan jaga Yaya.

Sekarang Yaya dah berusia 10 tahun dan bersekolah di sini. Bila cuti panjang baru Yaya akan balik ke pangkuan keluarganya atau mereka yang akan datang lawat Yaya. Saya mula jaga Yaya dari umur dia tiga bulan lagi. Mungkin sebab itu jugalah dia tetap nak tidur dengan saya walaupun bilik untuknya sudah disediakan. Bagi saya semua tu tak jadi masalah sebab saya suka baby dan memang suka jadi babysitter,” ujar Dayang yang mesra dengan panggilan Mumuk di kalangan anak saudara.

Dari riak wajahnya jelas terpancar sinar bahagia Dayang dalam memikul tugas sebagai seorang ibu. Meskipun ada ketika dia berasa penat untuk membahagikan masa di antara
kerjaya dan keluarga, tapi Dayang akui gembira dan puas. Katanya, “Bila dah ada tanggungjawab baru, waktu kita akan terasa lebih terisi. Setiap kali sesi persekolahan
bermula, memang saya sibuk uruskan hal Yaya. Fikirkan kelas tuisyen, beli buku sekolah dan macam-macam lagi keperluannya.

Sejak dia berumur empat tahun, saya dah hantar Yaya ke sekolah. Kasihan pula tengok dia main seorang di rumah, ditemani orang dewasa. Sekurang-kurannya, di sekolah ada rakan sebaya dan mungkin sebab itu dia kini terlebih peramah. Saya dah anggap Yaya macam anak sendiri. Setiap hari jam 6.30 pagi sama ada cukup tidur atau tidak, saya tetap akan bangun untuk uruskan Yaya.

Saya memang jenis yang susah tidur malam sejak zaman sekolah dulu. Kalau tak ada apa-apa show, saya sendiri yang akan hantarnya ke sekolah. Bab merajuk, memang selalu dia merajuk dengan saya sebab bila balik dari sekolah, jarang saya dapat ambil dia pulang. Tapi bila dia nampak saja saya di pintu sekolah, ketara sangat perubahan wajah Yaya.

Kalau saya perlu outstation, awal-awal lagi saya akan beritahu Yaya. Kami akan video call

untuk lepaskan rindu. Begitu rapatnya kami sampai Yaya kadang-kadang kekok
dengan ibunya sendiri kalau berjumpa.”

Tambah Dayang, “Ilmu parenting bukan sesuatu yang kita boleh senang-senang adapt. Saya selalu Google untuk tahu cara bagaimana berhadapan dengan anak-anak seusia Yaya. Susah juga nak jawab semua persoalannya dan kita sebagai orang dewasa perlu tahu cara terbaik untuk membentuk anak-anak.

Biasanya saya anak jadi mentor kepada ibu bapa saya sebab orang dulu-dulu memang akan terus anak jika mereka buat salah. Tapi anak-anak sekarang, tak boleh macam tu. Kita kena jadi kawan mereka tapi dengan had yang betul supaya boundaries di antara ibu dan anak itu tetap ada.”

Share
Published by
Suzi