Nama selebriti Irma Hasmie sentiasa segar meniti bibir peminat kerana kesempurnaan hidupnya sebagai wanita. Selain dikurniakan rupa paras yang cantik, dia juga seorang yang mesra dan disenangi banyak pihak. Imej Muslimah yang dibawanya turut mengumpul hampir 1 juta pengikut di Instagram.

Terkini melalui posting Irma Hasmie, beliau berkongsi sebuah kisah yang menyentuh hati pengikutnya. Mesej dakwah yang disampaikan begitu jelas, sekaligus membuat ribuan netizen tersedar dari kelalaian.

IKLAN

Menariknya, mesej di bawah dipetik daripada ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang, Perak. Jom hayati sharing ni dan sama-sama mendapat manfaatnya!

===============================

Sekadar renungan dan peringatan bersama…

Para malaikat menariknya melalui orang ramai. Dia menjerit sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dilakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya, bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca Al-Quran.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat…Tidak! Rasulullah SAW pernah bersabda,

Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka.

Dia menjerit lagi sekuat tenaga. “Solat saya? Solat saya? Doa saya?” Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.

Motivasi Diri Cara Irma Hasmie, Usaha Tidak Lengahkan Solat Kerana Tengok TV & Urusan Duniawi

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah berapi. Setelah 70 tahun di sana, tiba-tiba terasa tangannya diraih oleh satu lengan. Dia ditarik kembali ke atas.

Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya. Lelaki itu kelihatannya sangat daif.

Sambil menyapu debu di tubuhnya dia bertanya lelaki tua itu. “Siapakah anda?” Orang tua itu menjawab, “Akulah solat anda.”

IKLAN

“Mengapa kamu begitu lewat bantu saya? Wahai solatku, saya telah terjunam di sini selama 70 tahun! Kenapa baru sekarang kamu datang selamatkan saya? Kenapaaa…?”

Motivasi Diri Cara Irma Hasmie, Usaha Tidak Lengahkan Solat Kerana Tengok TV & Urusan Duniawi
Telekung Poket By Irma Hasmie

Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, dan berkata, “Adakah awak lupa? Selama hidup di dunia dulu awak sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!”

“Setiap kali Maghrib awak beri tumpuan pada drama tv dulu.”

“Zuhur awak lewat. Awak utamakan kerja dari saya.”

IKLAN

“Asar dan Subuh selalu di hujung waktu. Awak ingatkah itu semua?” kata lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur.

Dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari tidur. Seluruh tubuhnya basah oleh peluh ketakutan. Ketika itu juga dia mendengar laungan azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu solat Subuh.

Dia bangun dengan cepat dan mengambil wuduk. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang Maha Benar.

===============================

Semoga perkongsian Irma Hasmie ini memberi manfaat kepada golongan Muslimin dan Muslimat, khasnya dalam mengingatkan kita tentang betapa pentingnya solat pada awal waktu. InsyaAllah!

Sumber: Instagram @irmahasmie

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI