MUA Bellaz Tidak Malu Mengaku Anak Nelayan & Tetap Menganggap Bapanya ‘Syurga’

18165

Siapa yang meminati dunia solekan pasti mengenali salah seorang Mekap Artis yang terkenal dari Utara, MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini. Namanya menjadi tular berikutan kepetahan wanita ini berkomunikasi dalam sesi tutorial solekan di laman media sosialnya.

IKLAN

IKLAN

Sehinggakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun turut tular apabila bijak bersolek dan menjadikan Bellaz sebagai idolanya. Kehebatan Bella di media sosial terbukti apabila mempunyai pengikut di laman Instagram sehingga 1 juta orang pengikut.

Meskipun ada yang mengecam anak jati Tanjung Dawai ini tetapi, semangatnya tidak pernah pudar dan sentiasa mahu terus ke depan demi keluarga tercinta. Pada 7 April yang lalu Bellaz telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27.

Insan tersayang di sekeliling Bellaz telah membuat kejutan paling bermakna dalam hidupnya apabila menghadirkan bapa dari kampung menghadiri majlis ulang tahunnya itu.

Kongsi Bellaz, “Kejutan demi kejutan. Tapi kejutan saya tak akan lupa sampai bila-bila sangat-sangat terkejut sampai ke tulang dalam iaitu kejutan Abah Bellaz. Depa surprise bawak abah Bellaz jauh datang dari kampung depa pergi ambil.

Memang satu dewan habis menangis. Bellaz jerit Ya Allah, Abah. Terkejut Bellaz. Tak sangka Abah datang. Terima kasih Abah datang surprise kan kak. Menangis gila semalam.

Terima kasih Abah datang surprise kan kak. Menangis gila semalam.

Gembira terharu semua ada sebab saya sahaja kenal abah saya macam mana. Your are my hero dunia dan akhirat.

Abah saya seorang nelayan sahaja. Kerja siang malam cari rezeki nak bahagiakan anak-anak dia. Dia tak makan tak apa asal anak dia dapat makan. Abah beritahu dia tak pernah lupa doakan anak dia. Walaupun berjauhan dia sentiasa doakan Bellaz sentiasa dilindungi dan dimurahkan rezeki

Kita kan anak perempuan, rapat dengan abah/ayah/papa/dady/bapak,” kongsi Bellaz yang berdarah kacukan Turki-Melayu ini yang mendapat hadiah sebuah kereta Vellfire warna putih dengan nombor pendaftaran BELLA2 sempena hari jadinya.

Nyata kalau sudah rezeki tidak mengenal usia. Bellaz mula meneroka bidang solekan sejak mengandungkan anak pertamanya Iris Alisya 6 tahun dahulu. Isteri kepada Anuar Ahmad ini beruntung kerana suami sentiasa menyokong minatnya sehingga menjadi terkenal seperti sekarang.

Foto: Instagram @muabellaz