Kehidupan berpoligami tidak semestinya perlu timbulnya isu malah bermasam muka. Ini yang dibuktikan oleh keluarga pelakon tampan Ashraf Muslim yang memuat naik gambar meraikan kedatangan bulan kemenangan bersama-sama kedua-dua isteri, mendapat perhatian netizen.

Ads

Biarpun berpoligami, Ashraf berjaya memberikan kebahagiaan buat keluarga besarnya. Malah perkahwinan Ashraf bersama dua isteri yang harmoni sering menjadi perhatian warganet.

Muat Naik Gambar Rai Aidilfitri Bersama 2 Isteri, Ramai Kagumi Cara ASHRAF MUSLIM Jadi Inspirasi Warga Maya

Suami kepada Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi itu berkongsi foto mereka sekeluarga memakai sepersalinan biru pastel dan kelabu berlatarkan keindahan desa di samping ditemani kemeriahan keluarga masing-masing.

“Assalamualaikum guys. Kita masih lagi bulan syawal ini. Masih belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini serta keluarga saya. Ampun maaf dipinta dengan kesilapan yang kami lakukan sebelum ini. Selamat hari raya!,” tulis Ashraf.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

Hubungan baik antara kedua-dua orang isteri beliau dan anak-anak menjadi inspirasi dan ramai yang mengagumi cara Ashraf yang sentiasa dilihat berlaku adil dan bahagia menjalani kehidupan dengan dua orang isteri.

Tak kurang juga ada yang mengagumi kedua-dua isteri Ashraf yang dilihat cukup bahagia dan masing-masing memahami peranan dan kepentingan masing-masing sebagai seorang isteri kepada seorang selebriti terkenal. Sesungguhnya kedua-duanya wanita ini cukup hebat dan kuat di mata NONA.

Ads

Muat Naik Gambar Rai Aidilfitri Bersama 2 Isteri, Ramai Kagumi Cara ASHRAF MUSLIM Jadi Inspirasi Warga Maya Muat Naik Gambar Rai Aidilfitri Bersama 2 Isteri, Ramai Kagumi Cara ASHRAF MUSLIM Jadi Inspirasi Warga Maya

Menjengah perkongsian Ashraf di Instagram, ramai warga maya mendoakan agar keluarganya bahagia selama-lamanya. Untuk info, hasil perkongsian hidup Ashraf dengan Noor Dayana, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 8.

Manakala bersama Wan Sakinah pula, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 9, Adam Ashraf, 8, dan Safiyyah Ashraf, 4.

Ads

Muat Naik Gambar Rai Aidilfitri Bersama 2 Isteri, Ramai Kagumi Cara ASHRAF MUSLIM Jadi Inspirasi Warga Maya Muat Naik Gambar Rai Aidilfitri Bersama 2 Isteri, Ramai Kagumi Cara ASHRAF MUSLIM Jadi Inspirasi Warga Maya Muat Naik Gambar Rai Aidilfitri Bersama 2 Isteri, Ramai Kagumi Cara ASHRAF MUSLIM Jadi Inspirasi Warga Maya Muat Naik Gambar Rai Aidilfitri Bersama 2 Isteri, Ramai Kagumi Cara ASHRAF MUSLIM Jadi Inspirasi Warga Maya

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI