Setiap wanita perlukan ‘penyelamat’ dalam hidupnya. Dalam dunia kecantikan, kulit yang sihat dan berseri selalu menjanjikan keceriaan yang tersendiri. Sebab itu kita perlukan sesuatu yang efektif untuk membantu menyelamatkan kulit dan menyerikannya semula sewaktu penat.

“Sebagai pengamal media dihambat tugasan yang tak tentu masa namun dalam masa yang sama mahu kelihatan menawan, saya benar-benar mengharapkan satu produk terbaik. Ditambah pula kulit saya sensitif dan cenderung berminyak jadi saya benar-benar selektif. Jika produk tersebut tidak sesuai dengan kulit maka jerawat akan muncul tanpa dipinta.

IKLAN
Mudahnya Dapat Kulit Cerah Bak Pantulan Kristal, Cuma Tekap & Tepuk-Tepuk Begini
Norzalina Mohd Alias, Editor Majalah Nona

Namun saya benar-benar teruja setelah diperkenalkan dengan L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence ini. Produk yang mengandungi salicylic acid ini mampu membersihkan pori-pori sekaligus menyeimbangkan kandungan minyak di kulit wajah,” terang Norzalina Mohd Alias, Editor Majalah Nona ini.

Tambah Norzalina setelah mencubanya, produk ini sesuai digunakan setiap hari dan tidak menyebabkan sebarang iritasi terhadap kulit. Kini kulitnya kelihatan lebih sihat dan berseri-seri secara semula jadi.

Sebagai wanita siapa yang tidak mahu memiliki kulit yang cantik dan sihat. Kunci kepada kulit wajah yang sihat dan berseri-seri adalah dengan memiliki kulit yang bersih dan terhidrasi. Hidrasi kulit bukan hanya di atas permukaan kulit malah jauh ke dasar kulit.

Mudahnya Dapat Kulit Cerah Bak Pantulan Kristal, Cuma Tekap & Tepuk-Tepuk Begini

Justeru setiap wanita wajib memilih regim penjagaan kulit yang dirumus untuk membaik pulih dan menghidrat kulit agar lebih halus dan mengekalkan keremajaan kulit dari dalam. Kehadiran L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence bertekstur ringan dengan teknologi mikro ini wajib dimiliki oleh setiap wanita.

Esen ini mampu tembus dan meresap jauh hingga 10 lapisan kulit lantaran diformulasi dengan Centella Asiatica yang mempunyai kepekatan tinggi flavonoid, triterpenic steroid, asid amino dan gula. Kombinasi ini mampu memperbaiki dan meningkatkan keanjalan kulit. Ciri-ciri anti-oksidatif tumbuhan juga digunakan untuk merawat parut jerawat dan mengurangkan kekeringan kulit.

Cuaca negara kita yang panas dan kering menjadi punca utama kulit kusam dan tidak sekata. Setiap titisan esen ini turut mengandungi bahan aktif mencerahkan kulit seperti Salicylic Acid dan HEPES untuk pengelupasan secara sederhana, menghaluskan pori-pori, memperbaiki tekstur kulit dan mempercepatkan regenerasi sel kulit.

Mudahnya Dapat Kulit Cerah Bak Pantulan Kristal, Cuma Tekap & Tepuk-Tepuk Begini

Dengan penggunaan Crystal Micro-Essence yang kerap, impian untuk menikmati kulit halus, cerah dan bermaya, berkilauan bak pantulan kristal kini bukan lagi mustahil dari hanya penggunaan pertama!

IKLAN

Mudah Digunakan

Nona tertarik dengan cara penggunaannya yang ringkas dan mudah tapi menjanjikan kesan maksimum dengan tiga manfaat iaitu mencerah, menghidrat dan menganjalkan kulit. Caranya, titiskan L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence di tapak tangan, tekap ke wajah dan tepuk-tepuk lembut di bahagian dahi, pipi dan dagu setiap hari. Mudah bukan?

L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence merupakan pilihan tepat sebagai booster untuk memaksimumkan produk perawatan kulit wajah yang akan digunakan seterusnya.

Istimewa bulan ini terdapat tawaran istimewa pembelian atas pembelian untuk menikmati diskaun sebanyak 30 peratus bagi pembelian botol kedua L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence (65ml) di seluruh rangkaian farmasi termasuk Guardian, Watson dan Aeon Wellness. Apa tunggu lagi, dapatkan botol pertama anda untuk kulit berkilauan sekarang!

IKLAN

Tip Cantik

Nutrisi harian yang diperoleh dari Crystal Micro-Essence akan lebih berkesan andai seminggu sekali kulit dirangsang dengan pemakaian masker yang diperbuat daripada tisu. L’Oréal Paris Revitalift Pro-Youth Face Mask ini adalah cara yang paling mudah dan efektif sebagai booster.

Mudahnya Dapat Kulit Cerah Bak Pantulan Kristal, Cuma Tekap & Tepuk-Tepuk Begini

Masker ini begitu unik dan unggul melalui inovasi 0.3mm Ultra-Thin Cellulose Tissue umpama kulit kedua. Keistimewaan masker tisu ini kerana nipis dan melekap di atas kulit wajah menjadikan ramuan masker mampu menyerap jauh ke dasar kulit seterusnya menganjal dan menjadikan kulit berseri-seri secara semula jadi.

Mudahnya Dapat Kulit Cerah Bak Pantulan Kristal, Cuma Tekap & Tepuk-Tepuk Begini

Menariknya, dengan kuasa 10 kali ganda daripada sebotol esen, L’Oréal Paris Revitalift Pro-Youth Face Mask mampu memberi kebaikan kepada kulit sepantas 15 minit. Gunakan L’Oréal Paris Revitalift Pro-Youth Face Mask sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk membantu kesan yang efektif.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI