Penampilan baru Ratu Pop Madonna lewat beberapa bulan ini mengejutkan peminat. Bayangkan pada usia emas, beliau masih kelihatan remaja malah digelar jelmaan Kim Kardashian kerana kecantikannya.
Ads
Jika wanita lain seusia Madonna sudah ‘berdamai’ dengan kedutan, berbeza pula halnya dengan superstar yang bakal mencecah usia 64 tahun itu.
Meraikan ulang tahun ke-40 beliau dalam kerjaya muzik, Madonna dikhabarkan kembali membuat ‘comeback’ ke dalam industri. Kini beliau sibuk dengan penggambaran biopic serta merakamkan lagu dengan Katy Perry.
Pastinya kemunculan semula ini menjadi asbab ‘perubahan’ wajah baru Madonna, atau Madge.
Bagi peminat empunya nama Madonna Louise Ciccone dan ibu kepada 6 anak itu, ia bukanlah sesuatu yang asing kerana rupanya memang selalu berubah mengikut peredaran masa!
Meskipun berdepan pelbagai cemuhan haters di media sosial, Madonna mengambil langkah tidak peduli dengan kata-kata orang yang kurang senang dengan rupa parasnya sekarang.
Ads
Biarpun sering dikatakan membuat fillers, pembedahan plastik dan menggunakan teknik suntingan Photoshop yang keterlaluan, beliau jarang membalas balik sebaliknya membuktikan diri dengan pelbagai kejayaan luar biasa.
Semangat Madonna seharusnya menjadi contoh kepada wanita moden. Berani dan menjadi diri sendiri!
Ads
Rahsia muda Madonna sebenarnya terletak pada sifat positif beliau dan penataan gaya yang mengikut peredaran zaman. Jom intai perubahan lain pada wanita ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Datin Jaja Che Wan memang seorang wanita yang cantik! Bayangkan, walau sudah pun mempunyai enam anak yang jarak usia rapat tapi ibu jelita ini masih mampu mengekalkan bentuk tubuh ideal. Pendek kata, persis anak dara! Tidak hairanlah ramai wanita menjadikan Datin Jaja sebagai inspirasi.
Berusia 42 tahun, adik kepada selebriti Rozita Che Wan ini sangat menitikberatkan soal penampilan dan penjagaan diri. Tidak hairanlah dia sering kelihatan cantik bergaya dan membuatkan orang ramai ingin menolehnya berkali-kali.
Tidak lokek berkongsi petua kecantikan, pemilik nama Rohaiza Che Wan ini memberitahu Nona dia patuh mengikuti amalan berpantang selepas bersalin seperti yang disarankan ibunda tersayang.
“Sebenarnya saya tidak mempunyai rahsia kecantikan yang khusus. Namun, apa yang boleh saya kongsi adalah amalan ketika berpantang selepas melahirkan anak. Saya jenis seorang yang kuat berpantang selepas melahirkan anak.
Lebih-lebih lagi apabila jarak umur anak-anak saya sangat rapat. Oleh itu penjagaan amalan berpantang sangat penting.
Saya mahu kelihatan cantik dan bertenaga seperti mak. Saya patuh semua pantang-larang yang mak ajar ketika berpantang. Pemakanan sangat penting ketika berpantang, saya cuma amalkan makan nasi panas dan halba serta ulam.
Di samping itu saya juga banyak makan pegaga untuk memperbanyakkan aliran susu sebab saya menyusukan anak secara eksklusif selama dua tahun. Mungkin menyusukan anak ini merupakan ‘perancang keluarga’ saya sementelah saya tidak mengamalkan apa-apa jenis perancang keluarga.”
Tahun ini Datin Jaja bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-14. Berkahwin dengan Datuk Wira Haji Muhammad Faizal Zainol, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Nur Fa’iqah Faiza Muhammad Faizal, Nur Fa’izah Faiza Muhammad Faizal, Muhammad Fareez Faiza Muhammad Faizal, Nur Fareeqah Faiza Muhammad Faizal, Nur Fareeda Faiza Muhammad Faizal dan Muhammad Al Fateh.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aura dan wajah cantik Kristine Hermosa dalam drama popular Filipina, Pangako Sa’yo suatu masa dulu masih terpahat kemas di hati peminat hingga sekarang meskipun sudah lebih dua dekad berlalu.
Pernah mencipta fenomena di Malaysia menerusi rantaian drama bersiri tersebut, Kristine kembali digandingkan bersama aktor utama Pangako Sa’yo iaitu Jericho Rosales menerusi Sanay Wala Nang Wakas sekitar tahun 2003.
Kristine yang bakal menginjak usia 40 tahun menikmati hidup bahagia di samping keluarga tersayang. Tidak hanya dikurniakan seorang suami yang romantik dan penyayang, Kristine
cukup bertuah kerana turut mempunyai empat cahaya mata yang comel dan bijak!
Lebih istimewa, aktres yang dilahirkan di Masbate, Filipina ini menerima kehadiran anak kelima pada 3 Ogos 2021. Meriahnya keluarga besar aktres jelita tersebut!
Difahamkan isteri kepada Oyo Sotto ini menamakan anak kelima mereka Vittorio Issac.
Kristine dan Oyo Sotto berkahwin pada Januari 2011 selepas lebih setahun bercinta. Pasangan ini juga dikatakan mula berkenalan pada tahun 2004 ketika sama-sama
menjayakan drama ‘Enteng Kabisote’. Oyo merupakan anak kepada pelakon komedi veteran Filipina, Vic Sotto.
Sebelum berkahwin, Kristine dan Oyo nekad mengambil seorang bayi lelaki sebagai anak angkat mereka yang diberi nama Kristian Daniel Sotto yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-15 baru-baru ini.
Mereka kemudian menerima kehadiran anak kandung sulung, Ondrea Bliss Sotto pada tahun 2011.
Tiga tahun berikutnya, Kristine melahirkan Kaleb Hanns Sotto dan Marvic Valentin Sotto II pada tahun 2016.
Ini merupakan perkahwinan kedua Kristine. Terdahulu, Kristine pernah berkahwin dengan Diether Ocampo namun bercerai pada tahun 2009.
Pemilik nama Kristine Hermosa Orille-Sotto ini mula bergelar anak seni sejak tahun 2000 dan merupakan anak kedua daripada empat beradik.
Difahamkan Kristine mewarisi kecantikan ibu tersayang yang mempunyai darah kacukan Sepanyol sementara bapanya pula berketurunan Filipina – Cina.
Kulit putih kemerah-merahan, hidung mancung dan bersusuk tubuh langsing. Sememangnya, Nadia Shahrul Annuar lengkap dengan pakej yang didambakan semua wanita. Tidak bersandar kepada rupa paras semata-mata, anak kepada usahawan kosmetik terkenal iaitu Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton ini rupa-rupanya mengikut jejak langkah ibunda tercinta.
Barangkali terpikat dengan kejayaan yang dikecapi ibunya itu, anak kedua daripada lima beradik ini turut membabitkan diri dalam bidang perniagaan berasaskan kecantikan.
Hadir dengan label keluarannya sendiri iaitu Nadia’s Secret, rangkaian produk yang diusahakan Nadia adalah mampu milik dan berkualiti. Mengambil singkatan namanya sendiri sebagai jenama perniagaan, dia yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam industri pengacaraan menggunakan segala ilmu kecantikan yang diperoleh bagi menghasilkan produk Nadia’s Secret.
“We believe in quality and want our customers to fall in love with each new product we develop and then fall head over heels when they find out it is all affordable! Nadia’s secret diciptakan oleh wanita, direka oleh wanita dan dihasilkan buat seluruh kaum wanita di luar sana.”
Antara produk Nadia’s Secret ialah minuman kesihatan dan kecantikan Be The Glamorous yang diformulasi untuk membantu menurunkan berat badan, detoks, anti penuaan dan pemutihan kulit. Terbaru, Nadia hadir dengan pati makanan tambahan Be Lemtox yang mempunyai ramuan istimewa diimport dari Itali. Be Lemtox juga berfungsi dua dalam satu kerana selain membantu menurunkan berat badan ia juga bagus untuk proses detoks.
Yang pasti, produk ini menggabungkan 100% ramuan asli bagi pelangsingan tubuh dan kesihatan kulit. Pengguna yang ingin mencuba Be The Glamorous Drink dan Be Lemtox tidak perlu berasa was-was terhadap produk ini kerana ia telah disahkan Halal daripada pihak JAKIM.
“Ini adalah bukti bahawa Nadia sensitif kepada keperluan pengguna khususnya pengguna Muslim yang mahukan produk halal. Dengan adanya pengesahan Halal ini, Be The Glamorous Drink mendapat jaminan kualiti berasaskan syarak yang menekankan aspek mutu produk, kesucian dan keselamatan.”
Pada hujung Januari tahun lalu, Nadia turut dipilih oleh Datuk Seri Aliff Syukri sebagai antara lima figura wanita yang mempunyai aura dan jumlah pengikut yang ramai di Instagram untuk menjayakan koleksi tudung eksklusif AliffbySha V Nadia Annuar. Empat lagi wanita hebat yang tersenarai untuk koleksi tudung berkenaan ialah Datin Seri Shahida, Joy Revfa, Uyaina dan Nabila Razali.
Walau pun sibuk menguruskan suami dan anak, namun Nadia tetap komited dalam apa jua bidang yang diceburi baik dari segi kecantikan diri mahupun perniagaan. Sudah beranak dua pun badan masih langsing dan cantik. Memang mewarisi kecantikan ibunya, Kak Ton!
Moga pekerjaan yang dilakukan Nadia mampu memperkasakan kredibiliti para wanita dan menyuntik semangat inspirasi buat semua.
12 Petua Kecantikan Yang Diamalkan Nadia Annuar
Minum air putih yang banyak
Pastikan amal pemakanan sihat bukan saja untuk cantik tapi untuk kesihatan
Sentiasa berfikiran positif demi mengurangkan stres iaitu punca utama penuaan sebelum waktu
Tidur secukupnya tapi jangan berlebihan
Kurangkan pengambilan gula kerana selain boleh menggemukkan ia juga antara penyebab kanser
Pilih suplemen yang sesuai dan semula jadi
Amalkan produk penjagaan kulit yang semula jadi dan bebas bahan kimia
Bersenam sebab buat otak lebih cerdas, badan sihat dan cantik
Jangan tidur lewat dan bangun awal
Cuci muka dengan bersih seelok-eloknya tiga kali sehari
Tak perlu perawatan facial mahal cuma pakai masker sekurang-kurangnya sehari seminggu
Banyakkan makan sayur dan buah-buahan
Kredit foto: Instagram Nadia Annuar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti...