Beza wanita dulu dan sekarang, muda-muda dah nampak matang dan tua dari umur sebenar. Kadang-kadang baru 17 tahun tapi macam 20-an. Mekap bukan main tebal, dan kalau tanggalkan pun kulit tetap kusam macam orang berusia.

IKLAN

Inilah wanita moden, telefon pintar sentiasa dalam genggaman. Sehari semalam kita online, buat panggilan video, bermesyuarat, berforum di Zoom, bersosial di Facebook, Twitter dan Instagram, tonton Netflix, bermain games dan macam-macam lagi… Akibatnya ‘wajah’ kita terancam tanpa disedari.

Ramai fikir pengguna telefon pintar cuma alami masalah mata. Tidak sebenarnya. Kita juga berdepan masalah kecantikan dan penuaan pramatang. Muka tak berseri sebab pancaran cahaya biru atau H.E.V (High Energy Visible).

Muka Cepat Tua Kalau Selalu ONLINE, Ini Puncanya Telefon Pintar Mampu Jejaskan Kecantikan Anda!

Pancaran H.E.V merupakan sejenis cahaya biru yang terhasil daripada skrin peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer, tablet dan televisyen. Ia adalah penyumbang utama masalah kulit pramatang (kedutan) serta kerosakan seperti melasma dan hiperpigmentasi.

Kajian ini menjawab dakwaan kenapa wanita sekarang tidak secantik wanita dulu walaupun seusia. Aktiviti online sebenarnya mendatangkan banyak keburukan jika tidak dilindungi dari awal.

CARA-CARA LINDUNGI KULIT

IKLAN
  1. Elakkan skrin yang terang. Buat tetapan paling gelap (dimmest).
  2. Kurangnya sentuhan pada skrin, sebaiknya handsfree agar bakteria di atas skrin tidak berpindah ke kulit.
  3. Kurangkan waktu online.
  4. Gunakan produk kosmetik anti-blue light.

BEDAK ASAS TERBAIK

Muka Cepat Tua Kalau Selalu ONLINE, Ini Puncanya Telefon Pintar Mampu Jejaskan Kecantikan Anda!

IKLAN

Nona tertarik dengan produk terbaru Milani Cosmetics, satu jenama dari Los Angeles yang memperkenalkan teknologi Digital Bluelight Filter untuk menentang kesan kerosakan digital seperti kusam, perubahan warna dan hiperpigmentasi.

Bedak asas Milani Screen Queen ini didatangkan dalam 10 warna vegan dari rona cerah hingga gelap. Litupan bedak boleh disesuaikan dari light-to-medium coverage sambil menyamarkan ketidaksekataan kulit. Selepas berbedak, hasilnya kulit nampak natural bagai layangan kulit kedua.

Berbeza daripada produk kosmetik anti-blue light lain yang mahal, Milani tampil dengan formula hebat pada harga berpatutan agar semua wanita dapat dilindungi daripada awal.

Jadi berusahalah supaya keremajaan wajah dapat dikekalkan sebelum terlambat. Jangan sampai kulit dah bercela dan dipanggil tua baru terburu-buru nak bertindak!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI