Muka Dan Mata Pernah Bengkak Macam Kena Tumbuk, FAAFIRDS Kini Lebih Peka Dengan Rutin Kecantikan Wajah

YouTuber dan Vlogger terkenal, FaaFirds yang berusia 24 tahun ini sering menjadi perhatian kerana sering berkongsi koleksi video menarik berkaitan kecantikan, fesyen dan kosmetik khususnya berjenama antarabangsa.

FaaFirds atau sebenarnya, Nurfarhanah Ahmad Firdaus mula aktif berkongsi video di socmed sejak usianya 19 tahun. Bagi FaaFirds ia bukan sekadar memberi kepuasan terhadap minatnya sendiri malah dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat sebagai seorang instafamous

terkenal.

“Saya seorang yang berani mencuba perkara baru seperti gaya solekan dan fesyen. Saya sering katakan kepada diri sendiri, kalau bukan sekarang bila lagi nak mencuba? Kita tak akan selamanya muda, bukan? Inilah masanya dan selagi ia mengikut syariah serta tak keterlaluan bagi saya tiada masalah.

Untuk kekal cantik, saya ada mengamalkan rutin penjagaan wajah tersendiri. Setiap malam saya akan meluangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk lakukan 13 step wajib sebelum tidur.

Belajar dari pengalaman, sebelum ini wajah dan mata saya pernah bengkak macam kena tumbuk gara-gara mengambil mudah soal penjagaan wajah sehingga terpaksa dimasukkan ke emergency room

(ER). Doktor kata ada reaksi alergi kerana saya mencuba terlalu banyak produk dalam satu masa.

Disebabkan itu, saya terpaksa berehat selama tiga bulan,” kongsi FaaFirds yang turut mengamalkan petua bedak sejuk yang dikongsi oleh Mamanya yang berketurunan Cina. FaaFirds mengamalkannya sejak berusia 12 tahun.

Manakala inspirasi fesyen saya ialah Scha Al-Yahya. Walaupun gayanya ringkas namun very edgy. Stail Scha memang chill dan fashionable

. Pakai apa pun tetap nampak cantik dan terletak. Idola luar negara pula ialah instafamous kelahiran Arab, Maria Alia yang gemar menyarungkan turban.

Seorang lagi idola saya ialah Lina Alghouti yang sering tampil dengan imej ‘maskulin’ melalui keunikannya berpakaian,” kongsi anak sulung daripada enam beradik ini yang fasih berbahasa Mandarin.

Kredit Foto: Instagram FaaFirds

Share
Published by
Amy Mohd