Wujud segelintir wanita yang tidak selesa berfesyen kerana masalah KETIBAS atau mempunyai tubuh yang cepat berpeluh.

IKLAN

Walaupun berpeluh itu dianggap perkara yang menyihatkan, tapi ia akan menyukarkan anda untuk bergaya. Nona kongsikan 4 tip fesyen ini sebagai penyelesaiannya.

(a) MEMAKAI PAKAIAN LONGGAR

Muka Lawa Tapi KETIBAS Pulak! Nah, Rujuk 4 Tip Fesyen Ini Buat Wanita Yang Sering Berpeluh

Anda digalakkan untuk memakai pakaian yang longgar untuk memberi keselesaan yang optimum buat tubuh anda. Semakin longgar pakaian yang anda sarungkan, lebih baik untuk penampilan anda. Percaya atau tidak,  flowy maxi dress akan membuatkan anda berasa lebih nyaman daripada memakai seluar dan top yang ketat.

(b) ELAKKAN FABRIK TERLALU NIPIS

Muka Lawa Tapi KETIBAS Pulak! Nah, Rujuk 4 Tip Fesyen Ini Buat Wanita Yang Sering Berpeluh

Fabrik yang terlalu nipis akan menyebabkan ia melekat pada tubuh kamu saat berpeluh dan menyebabkan anda berasa tidak selesa. Oleh itu, pilih fabrik yang mempunyai struktur seperti sulaman atau jahitan agar ia tidak melekat pada kulit anda.

IKLAN

(c) PILIH FABRIK NATURAL

Muka Lawa Tapi KETIBAS Pulak! Nah, Rujuk 4 Tip Fesyen Ini Buat Wanita Yang Sering Berpeluh

IKLAN

Fabrik yang terbaik untuk dijadikan pilihan ialah seperti fabrik kapas yang mempunyai pengudaraan yang baik daripada poliester dan rayon. Ia juga lebih mudah menyerap peluh dan kering lebih cepat serta tidak akan membuatkan kamu berpeluh lebih lama daripada memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik sintetik.

(d) ELAK PERINCIAN SARAT

Muka Lawa Tapi KETIBAS Pulak! Nah, Rujuk 4 Tip Fesyen Ini Buat Wanita Yang Sering Berpeluh

Elakkan daripada memakai pakaian yang mempunyai perincian sarat seperti manik dan metal. Ia cenderung untuk menjadikan pakaian anda lebih berat dan dekat dengan kulit anda. Ia juga memerangkap haba dan membuatkan tubuh anda cepat berpeluh. Untuk kelihatan anggun, anda boleh menggayakan pakaian yang mempunyai panel untuk memberi impak unik pada keseluruhan gaya anda.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI