Kalau tengok muka Sasha Saidin mesti ramai yang tak sangka dia sebenarnya sudah pun berusia 46 tahun. Mana tidaknya, dalam usia menghampiri 50an kakak kepada pelakon kacak Zain Saidin ini pandai jaga badan dan kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Bertuah empunya diri!
Apatah lagi Sasha mempunyai seorang anak lelaki yang meningkat usia remaja. Kalau berjalan dengan anak mesti orang ingat macam adik-beradik. Akui bekas penyanyi anggota kumpulan Elite ini, Disember nanti dia bakal menginjak umur 47 tahun. Memang tak dimamah usia!
Dihubungi Nona, Sasha yang kini berada di Dubai meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan rupa paras jelita. Dalam nada merendah diri, ibu kepada Adam Arya ini berkongsi amalan kecantikan.
“Rutin tak banyak mana cuma kami beruntung bila ada yang kata saya dan Zain nampak muda dari usia. Kalau tengok Arya dan Aaisyah (anak Zain dan Che Ta), gen mak keturunan Inggeris memang kuat.
Dari anak-anak sampai ke cucu warisi gen mak. Alhamdulillah, mak pun nampak muda dari usia, fizikal dan mental.
Bahkan masa saya remaja umur 13 ke 14 tahun dulu muka saya nampak lebih macam budak-budak lagi. Sebabkan wajah keanak-anakan, saya tak popular dalam kalangan budak lelaki yang ingat saya masih kanak-kanak. Tapi sekarang ia kelebihan buat saya lebih-lebih lagi bila makin tambah usia,” dedahnya sambil ketawa.
“Dari dulu saya pastikan muka bersih dan cuci mekap. Penat macam mana pun saya akan cuci muka dan tak masuk tidur tanpa buang mekap. Saya juga guna skrub di T-Zone dan bahagian hidung. Pakai pelembap, dan letak minyak kelapa dara untuk kesihatan rambut.
At my age, rambut still
sihat. Dari dulu sampai sekarang, saya letak minyak tersebut yang ada bau bunga jasmin sekurang-kurangnya once every two weeks. Sekarang pun saya dah mula pergi gym dulu tak pernah pergi. Pergi sebab suami aktif ke gim. Kalau tak sempat, saya pergi walk at least 5 km or more. To get the heart going and stamina.Sejak usia cecah 40 tahun ke atas, jujur berat badan sebenarnya dah naik. Masa remaja dulu saya bertuah sebab high metabolism walau kuat makan tapi tak naik berat. Dalam kalangan Elite pun saya yang paling kuat makan. Bila dah 40, susah nak turun berat badan.
Sekarang semua kena sederhana. Makan kena cut down. Kalau dah berumur nak kurus macam dulu tak boleh dah. Jadi, saya akan enjoy pergi gim sambil tengok Netflix ke. Tapi tak terlalu ekstrem dan kira kalori makanan. Yang penting, moderation dan terus amal gaya hidup aktif serta sihat.”
Sasha atau nama sebenarnya Sasha Mohd Saidin berkahwin dengan Sirhan Wahab pada Januari 2020 dan pasangan ini menetap di Dubai.
Empat tahun berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sasha yang juga suri rumah tangga tetap aktif dan bekerja secara sambilan di sana sebagai pengacara majlis, modelling dan memenuhi tawaran nyanyian.
Kagum dengan Sasha Saidin kerana pada usia lewat 40an bakatnya masih menjadi perhatian dan menerima pelawaan syarikat serta usahawan sebagai jurucakap produk.
Jelitawan ini pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada tahun 2003 namun berpisah selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Sasha kemudian bernikah dengan jejaka Indonesia iaitu Salyo Priyanto pada tahun 2007.
Bagaimana pun rumah tangga yang dibina tidak bertahan lama dan bercerai pada tahun 2012. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Adam Aryasenna Notosoemarsono yang genap berusia 14 tahun pada Ogos lalu.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/anak-dah-besar-panjang-tapi-mak-maintain-muda-zakiah-anas-jelita-usia-57/
This website uses cookies.