Kata orang, makin tua makin berpengalaman. Tapi sebagai wanita, tentu ramai yang malu mengaku usia sebenar sebab hakikatnya we look older than our actual age!
Kelihatan tua boleh membuatkan seseorang wanita hilang keyakinan diri. Saya sendiri tidak terkecuali. Rasa gementar melihat wajah sendiri di depan cermin. Garis ketawa semakin jelas. Begitu juga kedut crow’s feet di antara kening dan dagu berlapis. Ah, tua betul rasanya.
Ketakutan ini mendorong saya mendapatkan bantuan teknologi moden di AsterSpring. Pelawaan untuk mencuba rawatan terbaharu iaitu Intense Facelift Therapy With HIFU ibarat mimpi menjadi nyata. Kerap kali terngiang-ngiang tentang HIFU ni, rawatan facelift tidak invasif yang asalnya digunakan untuk merawat pesakit tumor.
“HIFU bermaksud High-Intensity Focused Ultrasound”
Kunjungan saya ke AsterSpring Signature di Bangsar Village II disambut mesra. Suasana AsterSpring seperti biasa begitu menenangkan. Penuh senyuman dan layanan mesra. Pertama kali saya diterangkan tentang punca penuaan yang diakibatkan oleh kebiasaan diri sendiri.
Tidak mengoles pelembap dan krim pelindung SPF, suka melihat skrin telefon dalam gelap serta mengerut kening merupakan antara puncanya.
Lalu juruterapi saya, Clare, menerangkan tentang teknologi HIFU. Katanya, HIFU adalah terapi terbaik untuk mengembalikan kemudaan. Bayangkan tanpa pembedahan, rawatan canggih ini hanya mengaplikasi tenaga ultrabunyi hingga ke lapisan kulit terdalam bagi merangsang penghasilan kolagen.
“Sebenarnya satu sesi rawatan HIFU sudah mampu memberikan kesan menakjubkan. Garis halus memudar, malah kontur rahang dan dagu juga akan lebih tirus, selain penampilan muka yang lebih tegang. Anda pasti nampak lebih muda selepas rawatan!” kata Clare sambil tersenyum.
Teruja untuk mencuba perawatan baru ini, saya terus dibawa ke kamar rawatan AsterSpring Signature yang cukup eksklusif. Kamar serba putih dengan linen, susun aturnya bagai penginapan mewah di hotel lima bintang.
PENGALAMAN
Selama lebih kurang satu jam, Clare ‘merawat’ wajah saya dengan cukup profesional. Bagi mematuhi SOP yang ditetapkan KKM, beliau memakai persalinan seperti PPE lengkap faceshield bagi memastikan kesihatan terpelihara.
Untuk mengendalikan mesin berteknologi HIFU di AsterSpring ini, hanya juruterapi yang bertauliah dan mempunyai kepakaran sahaja boleh melakukan perawatan kepada pelanggan. Teknologi dari Korea tersebut menjanjikan kesan yang hebat dengan selamat, efektif dan tanpa downtime.
Sepanjang menjalani rawatan, saya bagaikan diulit mimpi. Jari-jemari Clare membelai setiap inci wajah dengan cermat, sebelum beberapa bahagian ditandakan dengan pensel. Kata Clare, bahagian-bahagian kulit ini mempunyai lapisan kedalaman yang berbeza dan perlu ditukar kartrij bagi memaksimumkan kesannya.
Hanya beberapa ketika sewaktu rawatan berlangsung, saya terasa sedikit sensasi kurang menyelesakan di bahagian leher. Rasanya seperti tekanan jari yang hangat dan menusuk kulit. Tapi tidak lama, mungkin sekitar 2 ke 3 saat saja.
Akhirnya rawatan selesai. Tiba waktu melihat cermin, saya terperanjat melihat perbezaannya yang ketara! Jika sebelum ini garis ketawa kelihatan agak dalam, kini nampak samar dan licin. Begitu juga kedut-kedut di antara kening. Hilang begitu saja. Kontur wajah saya juga lebih sharp
dan tirus berbanding sebelum rawatan dibuat.Jika ditanya adakah saya akan kembali melakukan rawatan yang sama, jawapannya tentu sekali YA! Ini adalah revolusi anti-penuaan terbaik yang pernah saya cuba dan diakui berkesan berbanding perawatan di spa lain. Tanpa sebarang kesakitan, kita boleh terus melakukan rutin seperti biasa, tapi dengan wajah yang lebih muda remaja!
Dah bersedia untuk kembali muda? Selamat mencuba!
This website uses cookies.