Alhamdulillah dan tahniah buat pelakon berbakat besar, Sharifah Amani dan suami tercinta iaitu Ahmed Faris Amir yang menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka baru-baru ini.
Cepatnya masa berlalu rasa macam baru saja pasangan ini bernikah. Tanpa desas-desus dan kontroversi, tahu-tahu saja Sharifah Amani atau mesra disapa Nani sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated pada 10 September 2022.
Masih terbayang wajah gembira pasangan mempelai dan diakui ramai peminat terkejut dengan berita perkahwinan Nani dan suami.
Bagaimana pun rata-rata mereka teruja dan mendoakan kebahagiaan anak kepada pelakon dan guru lakon, Fatimah Abu Bakar ini.
Sharifah Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid sempena ulang tahun perkahwinan pada 10 September lepas, memuat naik video sekitar majlis perkahwinan buat tatapan peminat.
Kongsinya, “Know know setahun dah. Syukur Alhamdulillah. Thank you all the for the constant love, prayers and support. Here’s to forever, InsyaAllah.”
Mengimbas kembali detik disatukan, pasangan berkenaan diraikan kira-kira 200 tetamu dan Nani menerima mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh.
Sepanjang bergelar suami isteri, kedua-duanya kelihatan makin bahagia dan serasi. Apatah lagi, peminat melihat Nani dan Ahmed Faris memiliki wajah yang seiras serta personaliti yang sama.
Nani merupakan adik kepada pelakon dan pengacara Sharifah Aleya. Selain Aleya, dia juga mempunyai adik perempuan yang bergiat aktif sebagai pelakon iaitu Sharifah Aryana dan Sharifah Aleysha.
Lebih membahagiakan, Nani bersyukur dan mengagumi peribadi suami tercinta yang sentiasa menceriakan hidupnya dan melayan dirinya dengan baik terutama ketika hari lahir bintang Sepet ini yang ke-37 pada 10 Jun lalu.
Semoga rumah tangga Nani dan Ahmed Faris diberkati Allah SWT serta berkekalan hingga ke syurga.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/8-bulan-jadi-isteri-datuk-latif-romly-datin-nabila-makin-cantik-jelita-diulit-bahagia/#
This website uses cookies.