Mula Berniaga Bermodalkan RM100, Usahawan Terengganu Ini Berjaya Miliki Legasi Perniagaan Sendiri

Wanita zaman sekarang kebanyakannya pandai berdikari malah ada yang berjaya dalam karier mahupun bisnes.

Attyra Saari, usahawan wanita dari Terengganu yang berusia 30 tahun ini salah satu contoh wanita sukses. Attyra merupakan pengasas produk Daura Beauty Legacy. Sebelum bergelar usahawan, Attyra merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.

Kredit Foto: Instagram Attyra Saari.

“Tahun 2016 saya mula berniaga dengan menjual tudung bermodalkan RM100 saja. Ketika ini saya tiada pengalaman langsung dalam berniaga, hanya minat sahaja.

“Inilah detik paling struggle. Stok pula bergerak perlahan. Memang sangat-sangat struggle. Namun alhamdulillah dengan rezeki berniaga, sekarang segala urusan dipermudahkan.

Kredit Foto: Instagram Attyra Saari.

“Kepuasan dalam berniaga ialah dapat bantu orang yang memerlukan. Saya memang suka berkongsi rezeki dengan orang lain. Bukan dengan suami saja malah kepada followers, rakan-rakan dan keluarga pun saya berikan hadiah setiap kali birthday atau hari biasa.

“Selain itu, bila berniaga banyak waktu untuk diri sendiri dan keluarga kerana kerja tak terikat dengan sesiapa.

Kredit Foto: Instagram Attyra Saari.

“Nasihat saya buat mereka yang terkesan dengan pandemik mahupun keadaan sekarang, usah mudah putus asa. Bila kita mula berniaga harus enjoy. Cari ilmu sebanyak mungkin.

“Semua merasa kesannya tetapi jadikannya cabaran untuk kita berusaha lebih lagi untuk majukan perniagaan.

Kredit Foto: Instagram Attyra Saari.

“Guna segala platform yang ada untuk perkenalkan perniagaan kita,” kongsi Attyra yang menyifatkan suaminya adalah tulang belakang utama di sebalik jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan. Banyak lagi pengorbanan suami yang tidak terbalas.

Kredit Foto: Instagram Attyra Saari.

Untuk kekal bahagia, mereka saling menjaga perasaan masing-masing agar tidak mudah merasa tertekan. Attyra juga gemar berjenaka bila berada di samping suami.

Paling penting bagi Attyra ialah sentiasa mendengar nasihat dan tidak melakukan perkara yang tidak disukai suami.

Share
Published by
Amy Mohd