Attyra Saari, usahawan wanita dari Terengganu yang berusia 29 tahun ini merupakan pengasas produk DAURA BEAUTY LEGACY. Sebelum bergelar usahawan, Attyra merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.

Ads
Mula Berniaga Dengan Modal RM100, Usahawan Terengganu Ini Berjaya Miliki Legasi Sendiri & Kongsi Rezeki
Attyra Saari.

“Tahun 2016 saya mula berniaga dengan menjual tudung bermodalkan RM100 saja. Ketika ini saya tiada pengalaman langsung dalam berniaga, hanya minat sahaja. Inilah detik paling struggle. Stok pula bergerak perlahan. Memang sangat-sangat struggle. Namun alhamdulillah dengan rezeki berniaga, sekarang segala urusan dipermudahkan.

Mula Berniaga Dengan Modal RM100, Usahawan Terengganu Ini Berjaya Miliki Legasi Sendiri & Kongsi RezekiKepuasan dalam berniaga ialah dapat bantu orang yang memerlukan. Saya memang suka berkongsi rezeki dengan orang lain. Bukan dengan suami saja malah kepada followers, rakan-rakan dan keluarga pun saya berikan hadiah setiap kali birthday atau hari biasa. Selain itu, bila berniaga banyak waktu untuk diri sendiri dan keluarga kerana kerja tak terikat dengan sesiapa.

Mula Berniaga Dengan Modal RM100, Usahawan Terengganu Ini Berjaya Miliki Legasi Sendiri & Kongsi RezekiNasihat saya buat mereka yang terkesan dengan pandemik mahupun keadaan sekarang, usah mudah putus asa. Bila kita mula berniaga harus enjoy. Cari ilmu sebanyak mungkin. Semua merasa kesannya tetapi jadikannya cabaran untuk kita berusaha lebih lagi untuk majukan perniagaan.

Mula Berniaga Dengan Modal RM100, Usahawan Terengganu Ini Berjaya Miliki Legasi Sendiri & Kongsi RezekiGuna segala platform yang ada untuk perkenalkan perniagaan kita,” kongsi Attyra yang menyifatkan suaminya adalah tulang belakang utama di sebalik jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan. Banyak lagi pengorbanan suami yang tidak terbalas.

Ads

Mula Berniaga Dengan Modal RM100, Usahawan Terengganu Ini Berjaya Miliki Legasi Sendiri & Kongsi RezekiUntuk kekal bahagia, mereka saling menjaga perasaan masing-masing agar tidak mudah merasa tertekan. Attyra juga gemar berjenaka bila berada di samping suami. Paling penting bagi Attyra ialah sentiasa mendengar nasihat dan tidak melakukan perkara yang tidak disukai suami.

Ads

Mula Berniaga Dengan Modal RM100, Usahawan Terengganu Ini Berjaya Miliki Legasi Sendiri & Kongsi RezekiImpian Attyra agar suatu hari nanti dia berpeluang untuk membawa kedua belah keluarga ke tanah suci Mekah. Semoga impian tersebut akan terlaksana, Insya-Allah.

Kredit Foto: Instagram @attyrasaari

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI