Terinspirasi dengan semangat dan kegigihan usahawan wanita ini dalam mengemudi empayar miliknya. Mula menjual air mangga di pasar malam satu ketika dahulu, kini bisnes minuman buah-buahan Siti Aisyah Kamaruddin terus berkembang maju di pasaran. Malah dia juga bijak mengembangkan perniagaan dengan mempelbagaikan variasi produk termasuk sajian pencuci mulut.
Meniti usia 30 tahun, Aisyah ialah usahawan kelahiran Kuala Lumpur yang juga merupakan pengasas Ayaq World Sdn Bhd. “Saya mula fokus berniaga jus mangga di pasar malam pada tahun 2011 di Sentul dan HKL. Daripada pemerhatian saya, kebanyakan jus mangga yang dijual di kedai tidak menepati cita rasa.
Rasa kecewa tersebut mencetuskan ilham buat saya untuk menghasilkan dan menjual jus mangga yang lebih pekat, segar dan tanpa bahan pengawet. Ia bersesuaian dengan tagline produk kami iaitu iaitu ‘Pekat, Likat, Melekat’.
Pada tahun 2016, air minuman berasaskan mangga seperti mango shake dan mango float mendapat sambutan cukup hangat. Fenomena ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada perniagaan yang saya usahakan. Dari situ tercetusnya idea untuk menukar strategi dengan membotolkan jus mangga tersebut.
Semuanya bermula apabila seorang rakan menghubungi saya untuk memesan jus mangga. Apa yang saya lakukan ketika itu, saya beli air mineral kemudian buang air mineral tersebut. Saya gantikan dengan jus mangga saya. Kiranya itulah pertama kali saya ‘membotolkan’ jus mangga saya.
Sejak itu, jus saya mula dijual di tepi-tepi jalan, berdekatan bank, tepi kedai makan. Kemudian perniagaan ini semakin berkembang dan mula diagihkan kepada agen dan stokis,” kongsi Aisyah.
Dia yang merupakan salah seorang penerima anugerah Nona Superwoman Award pada tahun 2018 turut memberitahu, “Saya sangat menjaga orang-orang di sekeliling saya iaitu pekerja saya dan itulah rahsia kejayaan saya. Saya sangat menjaga kebajikan mereka termasuk rumah, makan dan sebagainya. Selain itu, saya juga menjaga dan pegang stokis serta agen saya dengan membeli jiwa mereka.
Tambah Aisyah lagi, untuk berjaya dalam perniagaan seseorang itu perlu berani mendepani cabaran. “Ramai orang diluar sana takut untuk menjadi usahawan terutama mereka yang bergelar wanita. kerana merasakan diri itu terlalu muda.
Apa yang boleh saya katakan ialah try and adjust! not try and error!
Kita tidak tahu jika kita tidak mencuba. Selain itu, untuk memulakan sesuatu bisnes, kita perlu memberikan sepenuhnya fokus. Komited itu sangat penting dalam perniagaan.Alhamdulillah, kejayaan saya selama ini di dorong oleh keluarga, adik-beradik dan suami. Tanpa mereka, tidak mungkin saya berada di tahap sekarang ini. Pekerja saya juga merupakan kekuatan saya.
Tambahan pula, anything happens to this business, mungkin mereka pun tidak mempunyai pekerjaan. Jadi yang benar-benar membuatkan saya kuat bertahan ialah team saya,” telus wanita berjiwa besar ini.
This website uses cookies.