Mula Dari Kosong Kini Mampu Beli Kereta Mewah Kejayaan KAK BI Suntik Inspirasi

Benar kata orang, setiap usaha yang dilakukan pasti ada ganjarannya walaupun mula dari kosong. Ini perakui sendiri oleh Norrizah Hazirah Maulana atau mesra dengan panggilan Kak Bi di kalangan ejen dan pengikutnya di media sosial.

Pemilik empayar sauna mudah alih, Sumosauna ini tidak menyangka mampu membeli kereta mewah jenis Ferrari yang hangat diperkatakan dan tular. Sebelum ini, kereta idamannya ini hanya menjadi gambar hiasan serta paparan di komputer peribadi selain menjadi poster di dinding sahaja.

Sebelum mengecap kejayaan, Kak Bi bersama suaminya, Mohd Helmi Izani turut berdepan dengan ujian hebat.

“Pada satu tahap, tak ada duit di tangan. Hanya bergantung duit yang ibu bapa berikan kepada cucu mereka. Bahkan, saya dan suami pernah korek duit di setiap penjuru rumah untuk cukupkannya demi nak beli sekilo beras.

Kereta pernah ditarik sebab enam bulan tak bayar. Bil api dan air kena potong hingga akhirnya keluar daripada rumah sewa di Johor sehelai sepinggang dan tahu tahu arah tuju nak ke mana. Masa itu saya hamil anak ketiga,” katanya dan turut berkongsi tentang rezekinya berubah setelah pulang ke rumah mentua di Kota Tinggi, Johor.

“Kesibukan bekerja dan cari duit, buat saya lupa nikmat dan keberkatan mengenai peranan serta kewujudan ibu bapa. Lupa jaga perasaan mereka. Malah sampai tahap dalam tak sedar buat ibu dan bapa mentua terguris hati.

Setelah berpindah ke rumah mentua dari situ keberkatan dan rezeki mula masuk. Saya dan suami mula sedar hidup lebih bermakna jika kita terus memuliakan ibu bapa. Doa ibu bapa sangat mukjizat,” kata ibu kepada empat anak itu.

Kejayaan wanita ini bersama-sama suaminya telah menyuntik inspirasi wanita lain serta membantu golongan wanita terutama suru rumah menjana pendapatan keluarga.

“Saya dan suami juga bangga kerana hasil jualan produk sauna kami mampu melahirkan 12 orang golongan jutawan. Bahkan ada usahawan dibimbing mencapai jualan 1 juta pertama dalam tempoh 11 bulan.

Mereka itu mula dari kosong, tapi dibantu dan dibimbing kami sendiri sampai berjaya hingga boleh beli kereta dan rumah idaman. Malah saya bangga kerana separuh daripada jumlah jutawan itu daripada golongan suri rumah,” katanya yang memiliki gudang dan lima lot kedai masing masing di Pekan Nanas, Johor.

Baca; Bermula ZERO Tanpa Ilmu & Modal Kini MEME WANI Bergelar Usahawan Kereta Mewah ; Kereta mewah

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed