Tiada yang lebih indah dalam hidup seorang wanita yang bergelar ibu apabila anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu berbakti kepadanya. Dato’ Seri Dr. Hajah Vida adalah seorang ibu yang sangat bertuah kerana mempunyai anak gadis yang berjiwa murni.
Anak jutawan kosmetik ini, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau lebih mesra disapa Cik Bi oleh ibunya telah membuat kejutan menyerahkan wang tunai sebanyak RM100,000 kepada ibunya bagi menyelesaikan kemelut dengan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin.
Cik Bi yang baharu berusia 14 tahun ini telah mencuri hati ramai orang dengan keluhuran budinya membantu ibunya. Cik Bi dia tidak sanggup melihat ibunya menangis setiap malam berikutan kontroversi antaranya dengan Aishah yang merupakan peserta Gegar Vaganza musim keempat.
“Cik Bi nampak mama seorang yang kuat tetapi bila dia menangis kita pun nak nangis. Jarang tengok mama menangis macam tu dan ia betul-betul berat bagi mama.
Kerana itu Cik Bi beri duit hasil jualan produk Salmon Skin yang diperoleh daripada ejen Singapura dan Malaysia kepada mama untuk bayar kepada Aishah,” luah Cik Bi.
Dato’ Seri Dr. Hajah Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman turut meluahkan rasa terharu terhadap anak kesayangannya itu di laman media sosialnya.
Kongsi Dato’ Seri Vida, “Anakku, CIKBI. Luruh jantung mama, terkejut, sebak dan IBU mana tak rasa sedihh, bangga bila anak sudah pandai berbakti untuk ibunya.
Walaupun mama mampu tapi, niat Cik Bi buat mama tersentuh. Allah SWT mengetahui segalanya. Saya reda dan ikhlas. Cik Bi paling dekat dengan mama. Tahu suka duka mama.
Semoga terbuka lebih luas pintu rezeki buatku. Walaupun dikutuk, dikecam, kau tetap berlari ke hadapan wahai anakku. Anak yang mulia dan baik hati. Alhamdulillah, Allah SWT telah kurniakan anugerah tak ternilai kepadaku,” Dato’ Seri Vida.
Beruntung Dato’ Seri Vida dikurniakan anak yang tahu tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan tidak mahu melihat ibu kandung mereka sedih. Nilai kasih sayang seorang anak terhadap ibunya lebih tinggi dari nilai RM100,000 yang dihulurkan seorang yang bergelar anak.
Sumber: Sinar Harian
Foto: Instagram @datoserivida @cikb_havoc66
This website uses cookies.