Wah, terkejut bila Hafiz Mahamad buat pengumuman hendak sponsor tiket bas untuk balik raya Aidilfitri nanti. Bukan sebuah bas saja sebaliknya Hafiz berbesar hati taja sampai lima buah bas! Murah rezeki usahawan Ainaa Beauty ini sebab selalu tolong mereka yang dalam kesusahan.
Menguar-uarkan berita gembira tersebut di media sosial, Hafiz yang merupakan suami kepada Pengasas Ainaa Beauty iaitu Nursyafiqah Aina Abdul Wahab ini memang dikenali ramai kerana sikap dermawan dan prihatinnya terhadap golongan memerlukan.
Jelas Hafiz, “Saya nak sponsor ticket 3-5 bas untuk awak balik raya kampung. Saya faham, walaupun dah boleh balik raya, tapi ramai sahabat yang ‘kewangan’ dia tak mengizinkan. Kos minyak dah berapa dan fikir-fikir, sampai kampung nanti tak boleh nak balik tangan kosong.
Duit itu, duit ini. Banyak adik-adik yang tengah study pun. Saya faham situasi awak. Hari ni saya dah lock tiga bas. Kalau ramai, saya akan tambah bas lagi mungkin ke enam bas. Ini semua ‘free’ Ainaa Beauty sponsor awak balik raya. Harap penuh semua bas nanti.”
Ads
Ternyata niat murni Hafiz bantu insan yang tak pulang ke kampung halaman kerana kesempitan wang ringgit ini melegakan hati mereka untuk bertemu ibu bapa dan keluarga.
Perkongsian yang dimuat naik sejak semalam itu juga meraih sehingga 60 ribu likes. Rata-rata mereka juga menzahirkan ucapan terima kasih atas pertolongan yang diberikan.
Ads
Yang pasti, ini bukanlah kali pertama Hafiz memberi bantuan seumpama itu. Misalnya pda tahun lalu, ketika kerajaan memberi kebenaran rentas negeri selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut menghulurkan bantuan dengan menempah sehingga lima bas untuk insan memerlukan pulang ke kampung halaman.
Mengulas lanjut tajaan tiket bas ‘Sahabat Ainaa Balik Raya 2022’ tersebut, Hafiz memberitahu, “Seorang boleh dapat lima tiket. Bas akan bergerak Jumaat ini, 29 April jam 9 malam dari KL akan ke Pantai Timur, Utara.
Ads
Apa-apa kalau nak tanya, boleh whatsapp team saya 011-65685200 (Azrie). Nanti team saya akan update di whatsapp. Harap bas ni semua penuh dan kalau boleh lebih lagi. Whatsapp cepat tau, takut ada sahabat yang terlepas nanti.”
Hafiz dan Aina mula menubuhkan perniagaan Ainaa Beauty pada tahun 2017. Sehingga kini, pasangan suami isteri tersebut bukan hanya menyediakan peluang pekerjaan malah aktif memberi sumbangan kepada insan-insan memerlukan.
Semoga empayar Ainaa Beauty terus sukses dan usaha baik Hafiz mahupun Aina mencetus inspirasi kepada lebih ramai usahawan untuk saling membantu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di sebalik wajahnya yang cantik dan menawan, wanita jelita yang merupakan pensyarah dan penyelidik kawalan vektor serta penyakit bawaan nyamuk terutamanya Aedes dan culex di Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM, Prof Madya Dr Nur Faeza Abu Kassim sebenarnya cukup bimbangkan peningkatan kes demam denggi di negara ini.
Turut bergelar Medical Entomologist, kepakaran sains Prof Madya Dr Nur Faeza juga membuatkan beliau dilantik sebagai Pengerusi COMBI Negeri Pulau Pinang/USM. Saintis dari USM itu mendapat perhatian baru-baru ini apabila beliau memperkenalkan inovasi baharu untuk mencegah nyamuk Aedes.
Dikenali sebagai BioGel, Prof Madya Dr Nur Faeza berjaya mencipta manik hidrogel yang mampu menarik dan membunuh nyamuk serta penggunaan tumbuhan tempatan untuk menghalau nyamuk Aedes.
Bercakap kepada Utusan, wanita pintar dan disegani masyarakat itu tidak keberatan berkongsi rahsia ciptaannya yang diakui mampu membantu masyarakat sekaligus sektor kesihatan.
“BioGel Bait menggunakan sugar bait technology iaitu memanipulasikan cara pemakanan vektor bertindak dengan kaedah serang dan bunuh.
Ia bertujuan memusnahkan nyamuk Aedes iaitu vektor demam denggi dalam semua peringkat kitar hidup termasuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.” Prof Madya Dr Nur Faeza
Foto: Utusan
Menurut Prof Madya Dr Nur Faeza lagi, Biogel Bait berasaskan campuran ekstrak tumbuh-tumbuhan tempatan ialah salah satu kaedah kawalan biologi yang bersifat mesra alam sekitar dan selamat kepada manusia serta haiwan.
Jelasnya, Biogel Bait itu juga mudah digunakan, mesra pengguna malah rendah kos pembuatan. Ia juga sesuai digunakan di dalam dan di luar kawasan rumah, malah boleh diperoleh dengan harga RM10 untuk sebulan penggunaan.
Bukan itu saja, saintis hebat ini turut berkongsi rahsia alam dengan memperkenalkan produk herba anti-Aedes iaitu:
Limau Kasturi
Pokok Basil
Pokok Pudina
Tumbuhan herba basil
“Pokok yang paling berkesan dan mudah setakat ini ialah pokok basil yang selalunya dijadikan ulam manakala limau kasturi dan pudina memerlukan tempoh tertentu untuk berupaya menghalau nyamuk Aedes.” Prof Madya Dr Nur Faeza
Beliau sempat berpesan kepada masyarakat agar menyokong usaha pencegahan nyamuk Aedes dengan sentiasa menjaga kebersihan serta tidak membiarkan air bertakung yang membolehkan nyamuk Aedes membiak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menarik perkongsian Datin Belina Abdul Hamid yang mesra disapa sebagai Datin Belina ini. Maka tak hairanlah anak-anak sangat akrab dengannya walaupun beliau menyifatkan dirinya seorang ibu yang tegas.
Berusia 34 tahun, Datin Belina merupakan ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Shahputra Nasri berusia 10 tahun, dan sepasang anak kembar perempuan iaitu Shahirah Safiyya dan Shahirah Silfiyya, masing-masing kini berusia enam tahun.
“Saya mengamalkan menyuap anak-anak ketika makan seperti mana yang diajar oleh ibu saya sendiri. Amalan ini dapat mengeratkan ikatan kasih sayang dan ikatan adik beradik.
Alhamdulillah berkat amalan itu hubungan saya dan adik beradik akrab sampai ke hari ini. Itulah yang cuba saya terapkan terhadap anak-anak agar keakraban itu kekal sampailah mereka dewasa nanti.
Saya percaya air tangan ibu sangat berkat dalam kehidupan seorang anak. Walaupun ada pembantu rumah tetapi memasak tetap menjadi tugas utama saya. Ini juga antara pesanan ibu saya sejak kecil.
Selain memasak, jangan kedekut dengan jiran tetangga. Selalunya saya akan masak lebih untuk sedekah kepada jiran-jiran. Sama-sama kongsi rezeki.”
Datin Belina turut mengamalkan solat berjemaah setiap hari bersama suami dan anak-anak.
DIDIK ANAK HIDUP BERSEDERHANA
Saya dan suami menerapkan cara hidup Islam dalam mendidik anak-anak. Kami banyak membaca dan merujuk buku-buku berkaitan cara-cara didikan Islam termasuk amalan Rasulullah SAW.
Manakala dari segi pendidikan pula kami sangat tegas. Kalau waktu bermain mereka bebas bermain tapi kalau waktu belajar mereka perlu fokus betul-betul. Saya seorang ibu yang sangat tegas maka anak-anak mudah mendengar kata.
Satu lagi didikan kami ialah mengajar anak-anak agar tidak bermewah-mewahan. Kami ajar anak-anak bagaimana susahnya untuk mendapatkan sesuatu. Kena usaha sendiri dan hidup bersederhana.
INSPIRASI WANITA LAIN
Untuk masa depan anak-anak, saya dan suami mendoakan agar mereka berjaya dalam apa jua bidang yang diminati.
Sebagai ibu bapa kami tak boleh memaksa asalkan mereka menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.”
Walaupun bergelar suri rumahtangga sepenuh masa, Datin Belina menjadikan wanita lain sebagai inspirasi terutama wanita yang bekerja.
Apa yang membuatkan Datin Belina kagum ialah kebolehan mereka dalam menguruskan hal kerjaya, keluarga dan diri sendiri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baik orang dewasa mahupun kanak-kanak pasti mengenali Angkasawan Negara ini. Bila sebut saja nama Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pasti terbayangkan beliau sedang memakai pakaian angkasawan dengan penuh rasa bangga.
Pada 10 Oktober 2007, pastinya menjadi tarikh yang memahat memori indah kepada Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Rusia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.
Walau bagaimanapun kelibat bapa kepada 4 orang anak ini mencuri tumpuan di majlis hari jadi anaknya baru-baru ini. Memakai kostum sebagai Aladin, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor nampak jauh lebih muda daripada usia yang sebenar.
Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-47 pada 27 Julai nanti telah berkongsi tip untuk kekal cergas. Menurut Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor usia hanyalah angka semata-mata.
“As you grow older, it’s just getting tougher for so many reasons. To me Age is just a number. You must always find time for yourself no matter how busy you are. Just 30 minutes a day. Juggling life with work, talks, kids and family are never easy. You just need to find the time,” kongsinya.
5 Tip Kekal Sihat Cara Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor;
1. Bersenam setiap hari
Bersenam 30 minit setiap hari sudah mencukupi. Buat kardio berselang-seli dengan senaman beban. Senaman jenis ini juga sesuai untuk meredakan tekanan.
2. Makan dengan ala kadar
Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap dalam 3 atau 4 jam sekali. Kurangkan pengambilan karbohidrat tetapi lebihkan pengambilan protein. Bahagian dada ayam adalah pilihan yang terbaik!
3. Pembakar Lemak
Makan makanan yang meningkatkan metabolisme dan seterusnya membakar lemak seperti avocado, kacang, minyak kelapa, pisang, apple cider dan buah-buahan berasaskan beri.
4. Jangan DIET
Berdiet dengan cara kurangkan pengambilan makanan akan membuat kita jadi lebih cepat lapar. Walaupun cara ini memudahkan kita turun berat badan tapi susah nak maintain.
5. Jangan tidur selepas makan
Mungkin selepas makan boleh melakukan aktiviti seperti berjalan. Atau mungkin juga boleh bermain dengan anak-anak atau buat kerja rumah. Cuba makan awal untuk makan malam. Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor biasanya akan makan malam jam 7.00 malam.
Foto: Instagram @drsheikhmuszaphar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.