Nampaknya Nur Dayini Ashiqah ikut jejak langkah ibu bapa sebagai anak seni. Mesra disapa Danny, gadis cantik berusia 26 tahun ini merupakan anak kepada pelakon handalan, Aman Graseka dan penyanyi popular, Mas Idayu.
Walau ibu bapa bergelar public figure namun Danny seorang yang ramah dan merendah diri. Malah sepanjang menceburi industri seni jarang dengar cerita kurang enak mengenai pelakon baharu ini.
Pernah membintangi drama Malam Zulaikha, bakat lakonan puteri tunggal Mas Idayu berkenaan berjaya menambat hati penonton. Apatah lagi, dia cukup bertuah kerana penglibatannya dalam dunia seni mendapat sokongan daripada kedua-dua ibu bapa.
Artikel https://www.nona.my/aura-mas-idayu-sejak-kahwin-dipuji-makin-cantik-berseri-terserlah-sisi-manja/
Dalam temu bual bersama Nona, Nur Dayini Ashiqah berkongsi sisi peribadi ibu tersayang yang juga penyanyi dangdut popular dan lebih dikenali sebagai Mummy.
Meskipun secara luaran, selebriti berkenaan sering dilabel garang hakikatnya pelantun lagu Senggol-Senggolan, Cubit-Cubitan tersebut manja orangnya.
“Mummy ni jenis yang sporting. Dia layan je semua orang tak kisah dari umur kecil sampai besar, dia sporting dan manja. Walau dia nampak macam tu (garang), orang tak suka sebab perwatakan dia atau cara dia cakap bila bekerja.
Tapi itu memang dia. Apa yang saya suka pasal dia ialah dia ikhlas. Anak dia atau bukan, kalau dia nak yang terbaik untuk orang tu dia akan buat terbaik seikhlasnya.
Itu yang orang tak tahu. Orang cuma tengok dan cakap tak suka dengan perwatakan luaran dia tapi bukan saya nak back up sebab dia mak ke apa. Tapi itulah sikap dia.
Kalau orang tegur, dia friendly je. Takkanlah orang tegur, dia tiba-tiba nak marah benda yang tak ada apa-apa kan.”
View this post on Instagram
Tambah graduan Infrastructure University ini lagi, “Saya banyak dengan mummy dari kecil sampai besar. Bukan pemberian dia berupa benda atau barangan yang saya inginkan tapi apa yang saya perlu dia beri pada saya ialah kasih sayang.
Dari kecil sampai besar dia jaga keperluan saya dan cuba adakan. Dia juga suka memasak untuk saya. Itulah pemberian yang paling saya hargai. Dia sentiasa spend time dan ada bersama saya. Kami berpisah sekejap pun tak pernah.
Mummy ialah idola saya sebab dia jenis hardworking person. At the same time, dia sangat mementingkan keluarga dan saya paling respect ialah sikapnya yang sangat kuat walaupun orang kecam, cakap buruk pasal dia. Dia hadapi apa jua situasi dengan tenang.
Kalau orang maki ke apa, dia tak layan komen atau kecaman orang. Sampai ada orang tu sendiri yang mungkin DM (direct message) Mummy minta maaf. Saya rasa saya sendiri pun belum mampu jadi kuat macam mana dia hadapi situasi sepanjang jadi anak seni.
Mummy juga pesan dan saya pegang nasihat tu sampai sekarang, “Apa-apa pun jadi, family tetap dengan kita. Kita kena utamakan keluarga dulu. Jaga diri ke mana je pergi sebab kita bawa nama family.” Jadi itu yang saya pegang sampai sekarang,” telusnya.
Nur Dayini Ashiqah merupakan anak perkongsian hidup Mas Idayu bersama Aman Graseka. Mereka berkahwin pada 1997 namun berpisah pada tahun 2006.