Cuaca bahang di Malaysia kini terasa lebih panas dari biasanya. Menurut Jabatan Meteorologi Negara (Met Malaysia), suhu panas ini berlaku kerana Malaysia sedang berada pada musim Monsun Barat Daya. Ini berlaku apabila angin barat daya bertiup ke negara kita dengan komposisi udara kering, bermula Mei sehingga September ini.
Jadi, di musim cuaca yang panas terik ini, pastinya tubuh anda merembeskan peluh yang lebih banyak dari biasanya. Lebih memburukkan keadaan apabila titisan peluh ini membuatkan solekan menjadi ‘cair’ meleleh, luntur dan menghilang bersama larutan peluh.
Justeru, team NONA berkesempatan menemubual personaliti dan penyampai radio Era, Munaa Bella Mohamad dan beliau telah berkongsi beberapa tip agar solekan bebas luntur, tahan lebih lama dan kekal ‘on-point’ meski panas, mahupun ribut taufan melanda!
Demi mendapat hasil solekan yang baik, anda perlu melakukan skincare routine untuk menyiapkan (Prep) kulit wajah terlebih dahulu. Bersihkan wajah dan kemudian aplikasikan toner, serum, dan moisturizer.
Kuncinya adalah menjaga kulit agar kekal terhidrat dengan memilih moisturizer yang sesuai dengan jenis kulit anda. Di tengah cuaca panas ini, pilihlah moisturizer yang mempuyai bahan dasar air kerana sifatnya ringan.
“Selalu saya buat yang asas seperti biasa, tapi yang WAJIB Muna akan pakai adalah face mask malam sebelum tidur, dan pagi sebelum bersiap tu akan pakai juga face mask untuk prep kulit muka biar moist, saya tak mahu tanggung risiko solekan cair jika wajah tak di prep sempurna,” Ujar Muna.
Salah satu cara lagi untuk mengelakkan solekan dari mencair adalah dengan memakai foundation yang ringan. Tak perlu menggunakan terlalu banyak produk pada kulit anda, lebih sedikit lebih baik. Sama seperti yang di sarankan Muna.
“Tips untuk solekan stay on point, terutama bila cuaca panas adalah jangan pakai foundation tebal sangat. Sebab kalau terlalu tebal, dia akan mudah cair and cakey.
“Jadi Muna akan pastikan kulit mendapat lembapan yang betul dan secukupnya, sebelum bersolek, sebab bila based kulit kita dah cantik pakai foundation sedikit pun dah memadai.
“Lagi satu untuk solekan tahan lama jangan lupa gunakan setting spray juga,” ujar Muna
Secara keseluruhan, setting spray akan membentuk lapisan pelindung yang nipis pada solekan anda, dan membuat solekan kekal seharian. Jadi, pastikan anda menggunakan setting spray setiap kali selesai bersolek tau!
Sumber Foto: Instagram Muna Bella
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
This website uses cookies.