Mungkinkah MICHELLE YEOH Rakyat Malaysia Pertama Tercalon Kategori Pelakon Utama Wanita Di Oscar?

Siapa tidak mengenali Tan Sri Michelle Yeoh, pelakon wanita kelahiran Ipoh Perak yang kini giat mencipta nama di persada Hollywood. Bakat dan aura pelakon ini memang tidak dapat dinafikan lagi, malahan semua filem yang dilakonkannya mencapai kutipan yang amat memberangsangkan.

Bermula dengan filem Crouching Tiger, Hidden Dragon, Tomorrow Never Dies, The Mechanic, Crazy Rich Asians dan terbaru, Minions: The Rise Of Guru, Michelle Yeoh kini menjadi antara personaliti Asian paling profilik dan dominan di Hollywood.

Walaupun sudah hampir berusia 60 tahun, Michelle Yeoh dikenali sebagai seorang pelakon yang berani, sering kali melakukan sendiri aksi stunt sendiri tanpa bantuan pelakon lagak aksi.

Foto: Instagram (@michelleyeoh_official)

Dan kini, nama Michelle Yeoh hangat diperkatakan apabila namanya disebut-sebut bakal mengungguli dan dicalonkan untuk anugerah Acedemy (Oscar) tahun hadapan. Walaupun senarai pencalonan masih belum dimuktamadkan, namun pada ketika ini pengkritik filem sudah mula meramalkan 5 nominasi untuk setiap kategori termasuk untuk kategori Pelakon Utama Wanita.

Ini dikuatkan lagi seepas kemenangan Michelle Yeoh pada Anugerah Golden Globe baru-baru ini dimana Michelle memenangi anugerah pelakon wanita terbaik untuk kategori filem komedi/muzikal.

Menurut Gold Derby, laman web tersebut meramalkan Michelle Yeoh akan tercalon untuk kategori utama menerusi filem Everything Everywhere All At Once. Filem tersebut turut meraih rating sebanyak 97% di laman web Rotten Tomatoes, dan mendapat ulasan positif dari kebanyakan pengkritik filem di Hollywood.

Selain itu, Awards Daily juga menyebut Michelle Yeoh kini menyasarkan pencolanan pertamanya untuk anugerah Acedemy di mana beliau dikatakan bakal bersaing dengan nama-nama hebat seperti Margot Robbie, Cate Blanchett dan Olivia Colman.

 

Jadi mungkinkah Michelle Yeoh menjadi pelakon wanita pertama kelahiran Malaysia yang tercalon untuk kategori utama anugerah Akademi?

Everything Everywhere All at Once merupakan film komedi multiverse mengisahkan Michelle Yeoh sebagai pemilik sebuah kedai dobi yang sedang diaudit Perkhidmatan Pendapatan Dalaman yang mendapati bayangan dirinya wujud dalam alam-alam selari yang perlu dihubungi agar dapat menumpaskan suatu unsur jahat yang mahu memusnahkan alam.

Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi dari pihak Academy di mana anugerah Oscar 2023 dijangka akan diadakan pada 12 Mac 2023. Dan NONA berharap Datuk Michelle Yeoh dapat menembus senarai pencalonan itu nanti dan seterusnya menjulang nama Malaysia di persada perfileman antarabangsa.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus