Sesungguhnya di sebalik seraut wajah yang cantik, berkulit putih dan tinggi lampai, Datin Paduka Eina Azman memiliki hati sebersih kapas. Mana kan tidak, selebriti yang rajin berkongsi pelbagai resipi istimewa dengan Tagline “it’s done” ini begitu menghargai pembantu rumahnya yang turut membantu menguruskan rumah tangganya.

IKLAN
Foto: Instagram @eina_azman

Bagi membalas jasa baik pembantu rumah Datin Paduka Eina Azman yang mempunyai sebenar Datin Paduka Ainur Syakina binti Azman telah menghadiahkan seutas rantai leher emas. Ini bukan kali pertama ya tapi, kali kedua menerima hadiah rantai emas. Sungguh beruntung pembantu rumah Datin Paduka Eina Azman yang mempunyai nama Megawati itu.

Aktres jelita ini baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-26 tahun. Datin Paduka tampil anggun dalam persalinan serba merah dalam majlis sambutan hari jadi di Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur. Sepasang anak kembarnya yang sangat comel, Karl Kareef dan Arianna Aubrey setia bersama di samping suami tercinta, Dato’ Paduka Kaiser Gurmeet Harden.

Foto: Instagram @eina_azman
Foto: Instagram @eina_azman
Foto: Instagram @eina_azman

Membawakan watak Nadia dalam drama bersiri The Maid, Datin Paduka Eina Azman meluahkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan kepadanya. “I am officially one year older. May this day bring happiness and endless joy. I hope to have peace and serenity all the days of my life. Thanks for everything sayangku,” ucapan Datin Paduka tujukan kepada suami, anak-anak dan ibu tercinta.

IKLAN
Foto: Instagram @eina_azman

Beruntungnya Datin Paduka Eina dikelilingi suami prihatin dan penyayang serta keluarga yang setia berada di sisi. Selain ahli keluarga, laman media sosial ibu muda ini turut dihujani dengan ucapan hari lahir daripada rakan artis dan para peminat.

IKLAN
Foto: Instagram @eina_azman

Datin Paduka Eina bergelar isteri kepada usahawan Dato Paduka Kaiser Gurmeet Singh pada 31 Ogos 2014 dalam sebuah majlis gilang-gemilang yang menyaksikan Datin Paduka Eina menerima hantaran berupa sebuah kereta Chevrolet Camaro, mas kahwin RM770 dan wang hantaran RM77,000.