Bangga dengan hasil usaha wanita yang berusia 26 tahun. Murninya hati Janna Nick! Pelakon dan penyanyi popular ini dalam dalam perancangan untuk membina sebuah pusat tahfiz di di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
Siapa sangka dalam diam rupanya wanita yang mempunyai nama sebenar Nurul Jannah Muner ini sedang mengumpul saham akhiratnya. Dikhabarkan pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah itu menelan kos kira-kira RM6 juta. Murninya hati Janna Nick!
“Sekolah tahfiz ini khusus untuk pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga enam. Satu kelas mampu memuatkan 25 pelajar. Saya harap impian kecil ini mampu menjadi kenyataan.
Walaupun kos untuk menyiapkan pusat tahfiz ini agak besar, tapi saya percaya dengan kuasa sedekah. Insyaa-Allah doakan semoga usaha kecil ini mendapat ganjaran di akhirat,” kata Janna Nick seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.
“Ya Allah, Kau jadikanlah impian kecil kami ini satu kenyataan. Permudahkanlah Ya Allah,” tulis bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA, Pendang ini di laman media sosial milik peribadinya.
Sememangnya pelakon dan pengacara ini bijak merencana perjalanan karier seninya yang lebih 10 tahun diceburi sehingga berada di kelas yang tersendiri.
Ketika mengadakan pertemuan dengan Janna Nick sedikit masa dahulu sempat diajukan bertanyakan tentang sudah tercapaikah matlamat hidupnya, jawabnya, “Kalau kata cukup ke tak memang tak cukup sebab saya kena jaga satu keluarga.
Kalau jaga diri sendiri memang lebih dari cukup tapi sebab saya kena jaga banyak orang. Saya kena pastikan adik-adik dan ibu hidup selesa. Tapi, saya bersyukur dengan segala rezeki yang Allah SWT bagi dekat saya,” tutur Janna Nick lembut.
Janna Nick juga bijak dalam merancang kewangannya. “Saya mula merancang kerjaya dan kewangan bermula apabila saya mensasarkan untuk beli rumah.
Impian ini sudah tercapai bila saya berjaya beli rumah pertama di usia 21 tahun. Saya punya azam dalam hidup nak beli rumah dan mengumpul aset. Saya bukan jenis orang yang berbelanja sangat, bukan high maintenance dan tidak memilih jenama.
Satu Lagi impian saya agar produk saya di terima di luar Malaysia. Memang saya nak go global
dan fokus dalam bisnes, insyaallah,” bicara pemilik jenama White Fluffy dan Sephia by Janna Nick ini.Baca juga; Media Sosial Lombong Emas Raih Pahala Berganda Jika Kena Cara, Datuk Prof Muhaya Huraikannya
This website uses cookies.