Sejak dari dahulu sehingga kini pemakaian aksesori mutiara jadi pilihan wanita bangsawan. Menyarung mutiara mampu menaikkan mood klasik dan elegan buat pemakai.

Ads

Justuru, mungkin itu sebabnya mutiara sering menjadi pilihan Ratu Elizabeth II, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

MUTIARA Cita Rasa Golongan Bangsawan, Rupanya Nak Tahu Asli Atau Palsu Bakar Saja!
Ratu Elizabenth II. Foto: Instagram @queenelizabethiiuk
MUTIARA Cita Rasa Golongan Bangsawan, Rupanya Nak Tahu Asli Atau Palsu Bakar Saja!
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin
MUTIARA Cita Rasa Golongan Bangsawan, Rupanya Nak Tahu Asli Atau Palsu Bakar Saja!
Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali
MUTIARA Cita Rasa Golongan Bangsawan, Rupanya Nak Tahu Asli Atau Palsu Bakar Saja!
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

Selain itu pemakaian aksesori mampu menambah gaya seorang wanita agar tampil lebih menyerlah. Tidak perlu sarat dengan aksesori lain, cukup sekadar anting-anting dan rantai sudah cukup untuk look of the day kamu.

Terdapat dua jenis mutiara, iaitu mutiara air masin (salt water pearls) dan mutiara air tawar (fresh water pearls). Harga mutiara air masin lebih mahal dari air tawar kerana sukar untuk mendapatkannya berbanding mutiara air tawar.

Ads

Mutiara air masin lebih berkilat berbanding air tawar. Cara paling mudah untuk mengetahui keaslian mutiara adalah dengan cara membakar mutiara itu, jika ia tidak cair bermakna mutiara itu adalah asli.

Ads

MUTIARA Cita Rasa Golongan Bangsawan, Rupanya Nak Tahu Asli Atau Palsu Bakar Saja!

Cara menjaga aksesori mutiara:

  • Elakkan daripada terkena minyak wangi, sabun, krim badan mahupun bahan peluntur.
  • Elakkan mutiara daripada terkena peluh kerana ia boleh memberi tindak balas kimia terhadap warnanya.
  • Bersihkan mutiara kamu setiap kali selepas memakai dengan kain lembut.
  • Simpan di tempat yang kering dan elakkan menyimpan di tempat yang suhunya cepat lembap atau dalam tempat kedap seperti plastik kerana ia boleh memudarkan warnanya.
  • Elakkan daripada memakai aksesori mutiara ketika melakukan sebarang aktiviti lasak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI