Sumbangan bakti 5 wanita hebat ini memang tidak boleh disangkal. Masing-masing cemerlang dalam kelas yang tersendiri. Semoga terus menyuntik inspirasi buat wanita lain agar terus berjaya mengecap impian masing-masing. Memetik kata-kata hikmah 5 wanita inspirasi ini;

Ads
Mutiara Kata 5 WANITA HEBAT Yang Menyuntik Inspirasi & Sukses Dalam Kelas Tersendiri
DATUK SERI SITI NURHALIZA

Superpower saya ialah kemampuan untuk menggembirakan hati mereka yang mendengar alunan suara saya. Sekurang-kurangnya saya dapat memberikan senyuman mahupun meringankan stres para peminat mahupun pendengar-pendengar lagu saya. Superwoman bagi saya ibarat seorang pejuang. Setiap wanita mempunyai peranan tersendiri dalam memperjuangkan maruah keluarga, pembangunan masyarakat, bangsa, agama dan negara. Wanita paling hebat dan dekat dengan saya ialah ibu, Siti Salmah Bachik. Kesabaran serta kesungguhannya yang tinggi sebagai seorang ibu dan isteri dalam membantu meningkatkan ekonomi keluarga amat saya kagumi.” DATUK SERI SITI NURHALIZA

Mutiara Kata 5 WANITA HEBAT Yang Menyuntik Inspirasi & Sukses Dalam Kelas Tersendiri
DATIN VIVY YUSOF

“Saya sangat suka bekerja dengan suami kerana sejujurnya menjadi seorang usahawan buatkan diri kita seolah-olah keseorangan. Kita tidak tahu sama ada keputusan yang dibuat adalah betul atau tidak, tidak tahu mana arah yang harus kita tuju sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi dan sebagainya. Tapi bila ada insan yang kita sayang terlibat sama, ia jadi lebih baik. Tidak bermakna, bila adanya mereka semua perkara menjadi mudah. Memilih rakan niaga yang tepat adalah sangat penting. Salah pilih, habis! Kami sepakat menjalankan perniagaan ini bersama-sama sebab kami nampak perkara yang membezakan kami berdua itulah yang sebenarnya melengkapkan kami.” DATIN VIVY YUSOF

Mutiara Kata 5 WANITA HEBAT Yang Menyuntik Inspirasi & Sukses Dalam Kelas Tersendiri
ZIANA ZAIN

I have to be strong because of my children. Everything now is because of my children. Jika boleh saya mahu menjadi seperti kedua ibu bapa saya dan mengutip kekuatan bagaimana mereka mengharungi hidup sehingga ke usia emas. Sebagai wanita, we have to be independent, to be kind, to be thankful to everybody. Kita perlu berdikari dan satu perkara, wanita memang telah dilahirkan untuk berdikari atas kaki sendiri. Kita telah diberi tanggungjawab yang sangat berat tetapi pada masa sama bergelar ibu, isteri, dan pekerja atau majikan. We are actually a bionic woman!” ZIANA ZAIN

Ads
Mutiara Kata 5 WANITA HEBAT Yang Menyuntik Inspirasi & Sukses Dalam Kelas Tersendiri
ROZITA CHE WAN

“Saya gayakan baju mengikut kesesuaian bentuk badan. Umur bukan menjadi suatu batasan untuk bergaya tetapi perlu sesuai dengan majlis dihadiri. Cuma sebagai wanita, kita perlu tahu apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai dengan tubuh sendiri. Untuk menjadi wanita sukses, perlu ada impian dan cita-cita. Apabila kita tahu apa yang kita inginkan tentunya kita berusaha untuk mencapai impian tersebut. Namun jika mempunyai impian tetapi tidak berusaha unutk mencapainya, tak berguna juga. Kekuatan saya? Saya sangat menjaga masa. Tepati masa untuk hadiri setiap temujanji.” ROZITA CHE WAN

Ads
Mutiara Kata 5 WANITA HEBAT Yang Menyuntik Inspirasi & Sukses Dalam Kelas Tersendiri
ANIS NABILAH

“Ibu saya ada berpesan, whatever you do in your life, you have to make a difference. Jadi saya percaya, sebagai seorang cef selebriti, tugas saya bukan hanya memasak tetapi untuk melakukan sesuatu yang lebih besar dan bermakna. Bukan hanya kepada diri sendiri tetapi kepada orang lain juga.” ANIS NABILAH

Semuanya ada di sini

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI