Datin Atikah Suhaime senyum lebar dapat hadiah kereta daripada suami tercinta baru-baru ini. Beruntung aktres kelahiran Singapura berkenaan kerana dikurniakan seorang suami yang baik. Sebagai menghargai jasa isteri tercinta, Datuk Lokman Teh menghadiahkan sebuah kereta mewah buat Datin Atikah.
Bukan calang-calang, kereta pemberian Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun tersebut dipercayai jenama buatan England iaitu Range Rover!
Paling mencuri tumpuan apabila empunya diri tanpa berselindung mendedahkan kereta SUV mewah warna hitam itu sebenarnya second-hand.
Sikap rendah diri dan keterbukaan Datin Atikah mengenai hal itu nyata mengundang rasa kagum dalam kalangan peminat.
Apa tidaknya, jarang-jarang selebriti bertindak seperti bintang filem Longkai berkenaan. Walau berstatus VIP, tak malu pun mengaku kereta tersebut dibeli second-hand.
Ucap Datin Atikah, “Thank you baby for the new car.”
Perkongsian video itu sehingga kini meraih lebih 600 ribu tontonan dan mendapat lebih 16 ribu tanda suka daripada followers.
Menerusi video itu, jelas terserlah Datin Atikah Suhaime senyum lebar dapat hadiah kereta berkenaan. Datuk Lokman juga membawa kenderaan itu untuk proses coating dan polishing supaya kelihatan lebih cantik berkilat.
Dalam pada itu, Datin Atikah turut memberitahu dia bagaimana pun belum boleh memandu kereta tersebut kerana tidak mempunyai lesen memandu.
Rata-rata mereka memuji tindakan Datin Atikah yang tidak meninggi diri dan menyenangi sikapnya.
Sejak menjadi menantu kepada pengasas produk Zaitun, Datin Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime aktif mempromosikan produk ubat gigi itu di media sosial.
Datin Atikah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lepas.
This website uses cookies.