“Hadiah Hari Jadi Tahun Ini”, ujar pelantun lagu Pematah Hati itu berkongsi beberapa keping imej bersama Vespa edisi terhad Vespa 946 Dior di laman Instagram miliknya.
Perkongsian Nabila di akaun Youtube, vespa edisi terhad itu bukanlah model Vespa pertama yang dimilikinya kerana sebelum ini dia telah miliki sebuah Vespa Primavera Sean Wotherspoon Edition.
Walaubagaimanapun, Nabila tidak berkongsi harga skuter baharunya itu. Namun, beberapa sumber mengatakan harga sebuah skuter Vespa edisi terhad Vespa 946 Dior boleh mencecah harga RM194,600. Tambah Nabila lagi, dia terpaksa menunggu hampir setahun untuk memiliki “baby Dior” tersebut dan amat teruja melakukan sesi unboxing skuter jenama mewah itu.
Untuk rekod, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar merupakan individu pertama memiliki skuter edisi terhad berkenaan di Malaysia tahun lalu. Vespa 946 Christian Dior menampilkan pelana tunggal dengan motif Dior Oblique. Warna badan putih dipadankan dengan kemasan emas pada bahagian tayar, bingkai fairing depan, rim, cermin sisi, terotel dan rak belakang. Hasil pencarian di mudah.my, harga Vespa 946 Christian Dior tersebut berharga RM400,000.
Umum mengetahui Sultan Johor merupakan peminat automotif dan memiliki pelbagai jenis koleksi motor dan kereta. Selain model baharu tersebut, Sultan Ibrahim juga memiliki pelbagai model Vespa daripada klasik hingga model terkini. Jenama Vespa sering berkolaborasi dengan berbagai jenama fashion, seperti Emporio Armani. Terkini skuter edisi terhad itu menjalankan kolaborasi bersama Christian Dior.
Dalam sesi unboxing, Nabila turut berkongsi keistimewaan Skuter berkenaan yang turut didatangkan dengan kotak belakang dengan logo Dior serta aksesori seperti helmet dan beg Dior. Istimewanya skuter tersebut turut meletakkan nama pemilik pada bahagian sisi.
Sekadar info, Vespa 946 Christian Dior menggunakan enjin 155cc penyejukan udara, satu silinder ouput 12.9hp @ 7,750rpm dan tork 12.8Nm @ 6,500rpm dengan pecutan maksimum mampu dicapai sehingga 96kmj.
Tak sabar nak lihat Nabila Razali bersiar-siar menaiki Vespa 946 Christian Dior yang menampilkan fashion statement yang elegan untuk seorang wanita. Penulis terbayang siri Emily In Paris pulak bila bercerita soal Vespa ini!