Ads
Home Inspirasi Rafael Nadal Luah Rasa Sedih Kongsi Gelanggang Bersama Federer Buat Kali...

Rafael Nadal Luah Rasa Sedih Kongsi Gelanggang Bersama Federer Buat Kali Terakhir

Ads

Umum mengettahui Rafael Nadal diberi penghormatan untuk bergandingan dengan Roger Federer dalam penampilan terakhir legenda tenis Switzerland itu pada Piala Laver hari ini.

Ads

Rafael Nadal  Luah Rasa Sedih Kongsi Gelanggang Bersama Federer Buat Kali Terakhir

Gandingan Nadal-Federer menentang pasangan Amerika Syarikat (AS), Frances Tiafoe-Jack Sock dalam kejohanan berpasukan yang menemukan Pilihan Eropah dengan Pilihan Dunia.

Rafael Nadal  Luah Rasa Sedih Kongsi Gelanggang Bersama Federer Buat Kali TerakhirBiarpun ia detik istimewa, namun Nadal mengakui, beraksi dalam perlawanan terakhir Federer sesuatu yang amat menyedihkan dan cukup beremosi buat mereka.

Roger Federer berkata dia telah melalui ‘perjalanan menakjubkan’ selepas perlawanan terakhir dalam karier sebagai pemain tenis berakhir dengan kekalahan ketika bergandingan dengan Rafael Nadal dalam acara beregu di Piala Laver awal pagi tadi.
Juara Grand Slam 20 kali, 41, dan Nadal, bermain untuk Pasukan Eropah, tewas 6-4, 6-7 (2-7), 9-11 menentang pemain Team World, Frances Tiafoe dan Jack Sock.

Rafael Nadal  Luah Rasa Sedih Kongsi Gelanggang Bersama Federer Buat Kali Terakhir
“Ia saat yang sangat menyedihkan tetapi begitulah keadaannya. Itulah kehidupan.

“Saya doakan yang terbaik buatnya. Terbaik daripada yang terbaik dalam setiap perkara. Dia berhak mendapatnya (kesihatan, keluarga, kejayaan) dan segala-galanya,” kata pemilik 22 gelaran Grand Slam, Nadal.

Dear Roger, my friend and rival.
I wish this day would have never come… it’s a sad day for me personally and for sports people around the world. I said it to you when we spoke and now it’s here.
It’s been a pleasure but also an honor and privilege to share all these years with you, living so many amazing moments on and off the court.
We will have many more moments to share together in the future, there are still lots of things to do together, we know that.
For now, I truly wish you all the happiness with your wife, Mirka, your kids, your family and enjoy what’s ahead of you. I’ll see you in London at the @lavercup

Jaguh Sepanyol tersebut mengakui, dia sedih tetapi bangga dan gembira dapat terlibat dalam perlawanan akhir pemain berusia 41 tahun itu.
“Kami sentiasa mempunyai hubungan yang sangat mudah dan positif.

Rafael Nadal  Luah Rasa Sedih Kongsi Gelanggang Bersama Federer Buat Kali Terakhir
“Saya tidak tahu tetapi sejak awal, saya rasa perasaan positif, malah telah berkembang dengan cara yang lebih baik selama ini.

Ads

Rafael Nadal  Luah Rasa Sedih Kongsi Gelanggang Bersama Federer Buat Kali Terakhir

“Di dalam dan luar gelanggang kami sering bersama, jadi kami dapat membina hubungan dengan cara yang sangat positif,” katanya.

Ads

Rafael Nadal  Luah Rasa Sedih Kongsi Gelanggang Bersama Federer Buat Kali Terakhir
Mengulas gandingannya bersama Federer, yang memiliki 20 gelaran Grand Slam, Nadal secara jujur menyifatkan ia akan menjadi aksi yang sukar untuk dikendalikan.

Rafael Nadal  Luah Rasa Sedih Kongsi Gelanggang Bersama Federer Buat Kali Terakhir
“Saya fikir ia detik yang tidak akan dapat dilupakan. Saya bangga dan gembira berada di sebelahnya pada saat istimewa ini,” katanya.

Federer telah mengumumkan persaraannya daripada tenis minggu lalu kerana mengalami kecederaan lutut dan tidak bermain sejak Wimbledon 2021.

Rafael Nadal  Luah Rasa Sedih Kongsi Gelanggang Bersama Federer Buat Kali Terakhir
Selain Nadal dan Federer, pasukan Pilihan Eropah turut dibarisi juara Grand Slam 21 kali, Novak Djokovic dari Serbia.
Jaguh Britain yang juga pemilik tiga kejuaraan Grand Slam, Andy Murray melengkapkan barisan bintang Eropah dalam aksi di London itu. – AGENSI

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI