
Pelakon dan pengacara terkenal Neelofa melalui jenama tudung terkemukanya, Naelofar Hijab (NH), telah melangkah satu langkah ke depan dengan membuka sebuah butik yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
Butik yang berlokasi di Royal Plaza Putatan memberi peluang kepada peminat jenama tudung ini khususnya dan peminatnya untuk berpeluang melihat sendiri tudung koleksi NH.

Pembukaan butik ini juga bagi memenuhi permintaan wanita di Sabah untuk memilih dan membeli koleksi-koleksi terbaru dan menarik keluaran Naelofar Hijab. Pembukaan itu juga akan memperkenalkan laman web rasmi mereka, www.naelofarsabah.com untuk memenuhi permintaan pelanggan dalam talian yang semakin meningkat di negeri ini.
Majlis pembukaan dirasmikan oleh Neelofa Mohd. Noor, selaku pengasas Naelofar. Butik ini akan dikendalikan oleh adik Neelofa sendiri, Nellisa.

Naelofar Hijab juga berkembang di peringkat antarabangsa. Pada masa ini, mereka telah mengeksport produk mereka ke lebih daripada 30 buah negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Perancis, Jerman, Norway, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Korea dan Jepun.
Butik NH juga melakukan Jualan Akhir Tahun, Naelofar YES 2017 di seluruh negara yang dijalankan dari 11 November hingga 31 Disember yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus untuk pembelian yang dibuat di semua butik NH, dalam talian dan daripada stokis sah NH. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Santuni Anak Yatim & Ibu Tunggal, FARAHDHIYA Tampak Manis Berhijab Di Bulan Ramadan!

Sejuk mata memandang penampilan selebriti cantik, Farahdhiya sepanjang bulan Ramadan ini. Tidak dinafikan, penyanyi bersuara lunak tersebut kelihatan cukup sopan dan manis saat mengenakan kerudung kepala pada bulan penuh keberkatan. Alhamdulillah.
Semalam Farahdhiya berpeluang menyantuni anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan memerlukan sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan kembali bermula hari ini, 6 Mei 2021.

Kongsi pelantun lagu Bertahta Di Hati ini, “Alhamdulillah, dalam sibuk bekerja sempat lari ke majlis untuk bersama meraikan anak yatim, ibu tunggal dan insan-insan istimewa. Untuk bergambar sahaja kita buka mask kejap ya. Dalam keadaan sekarang SOP kena jaga. Tak sabar rasanya nak hidup seperti dulu ketika Covid-19 tak wujud lagi.
No doubt life is so stressful nowadays. Living the new norm is not easy, tapi alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik, rezeki, kekuatan untuk terus melayari kehidupan di bumi Allah ini. We gotta learn to appreciate the small things in life.”
Daripada perkongsian Farahdhiya juga menunjukkan personaliti ini selesa menggayakan hijab jenis selendang.


Lebih istimewa, hari ulang tahun kelahiran Farahdhiya yang ke-37 tahun pada 28 April lepas jatuh dalam bulan Ramadan. “Happy birthday to me! Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas di bumi Allah. Thanks to my parents for bringing me in this world. Without my mum and dad I’m nothing.
Tak minta banyak dekat u all, minta tolong doakan kesihatan saya, dimurahkan rezeki dan dapat jodoh yang baik. Really appreciate it.”
Selain berbakat dalam bidang seni, Farahdhiya juga antara selebriti yang pandai memasak. Setiap hari pasti ada posting masakan terbaharu dari jelitawan ini.
Kredit : Instagram Farahdhiya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lari Dalam Bendang Pun Segak! Rakyat Teruja Tengok Sultan & Raja Muda Selangor Pakai Kain Pelikat

Lari dalam bendang pun segak, rakyat teruja tengok DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, serta DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan memeriahkan acara termasuk pakai kain pelikat.
Pada usia 78 tahun, stamina DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang berkenan berangkat menyertai Larian Kebajikan dan Inklusiviti Teras Inspirasi (KITA) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap, Sungai Besar dekat Sabak Bernam jadi perhatian rakyat.
Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, serta DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Baginda bertiga turut berkenan memakai kain pelikat dan kain batik bagi menepati tema dan memeriahkan acara Larian KITA yang diadakan.
Baginda tiba kira-kira jam 7.30 pagi dan melepaskan seramai 2,500 peserta larian 3km dan 5km merentasi kawasan sawah padi di kampung berkenaan, sebelum Sultan dan Raja Muda Selangor turut serta menyertai para peserta.





Pakai Kain Pelikat
Tengku Amir Shah juga berkenan menyertai larian sejauh lima kilometer bersama rakyat jelata. Putera tunggal Selangor berusia 34 tahun tersebut tampil segak memeriahkan acara sambil pakai selempang kain pelikat di bahu dan berbaju sukan.
Pelbagai acara sampingan rancak diadakan sepanjang program seperti permainan tradisional, pembukaan gerai makanan di kawasan aktiviti dan cabutan bertuah.
Paling menarik tentulah apabila melihat pakaian Baginda dan ahli kerabat diraja Selangor. Bukan senang dapat tengok konsep sukan tradisional lari dalam bendang, rakyat teruja tengok DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, serta DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan memeriahkan acara pakai kain pelikat dan kain batik!
Dalam perjalanan pulang dari Sabak Bernam selepas menyertai Larian KITA, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk berangkat singgah ke Sekinchan.
Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan untuk melawat ke ke Kapal Terbang Sekinchan atau lebih dikenali sebagai Terminal Sekinchan.
Dalam Bendang
Terminal Sekinchan yang terletak di Parit 5, menempatkan sebuah pesawat Boeing 727 yang sedang dibangunkan untuk menjadi sebuah restoran premium sebagai daya tarikan terbaharu di dalam bendang.
Baginda berdua turut dibawa masuk ke ruang cabin dan kokpit pesawat berkenaan diiringi oleh Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor serta Ahli Dewan Negeri Sekinchan, YB Dato’ Ng Suee Lim.
Paling menambat hati, tentulah melihat kemesraan baginda berdua yang sentiasa sweet and loving. Sultan Selangor kini berusia 78 tahun, sementara Tengku Permaisuri Selangor mencecah usia 53 tahun.


Artikel berkaitan: https://www.nona.my/usia-43-tahun-ibu-anak-4-kerabat-selangor-cantiknya-isteri-menteri-kewangan-ym-raja-johanna-adrina/

Kongsi Tengku Zafrul, program itu julung kali diadakan di daerah Sabak Bernam dengan penyertaan seramai kira-kira 2,500 peserta.
“Terima kasih kepada Tuanku Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Selangor dan Raja Muda Selangor yang hadir pada hari ini.
Insya-Allah, program yang sama akan diadakan selepas ini di daerah Klang,” katanya sambil menambah dana yang dikutip menerusi Larian KITA untuk penduduk setempat dan badan bukan kerajaan (NGO),” ujarnya.
Beliau berkata, objektif program itu adalah untuk memupuk budaya inklusif dan sihat serta menyemarak kesedaran mengenai kawasan seperti Sabak Bernam yang terkenal dengan pelancongan dan pertanian.
Hadir sama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim dan Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/cantik-berseri-anggun-berjubah-kejelitaan-tengku-permaisuri-selangor-raih-tumpuan/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pedih Kehilangan Ibu Ayah, LINDA NANUWIL Pernah Tutup Media Sosial & Bawa Diri Ke Sabah!

Hanya yang pernah mengalami saja tahu betapa peritnya kehilangan insan tersayang. Bagi Naib Juara Akademi Fantasia Musim Kedua, Linda Nanuwil… pemergian ayahnya pada tahun 2008 sudah cukup memeritkan. Belum sempat merawat duka kehilangan ayah, insan bergelar ibu pula hilang dari pandangan buat selama-lamanya. Atau lebih tepat, setahun selepas kematian ayah. Besar sungguh ujian yang ditanggung penyanyi kelahiran Sabah ini.
Sejak itu, fokus Linda untuk mengembangkan bakat dalam industri seni cukup terganggu. Dia akui sukar untuk menerima hakikat kehilangan dua insan paling bermakna dalam hidupnya. Apatah lagi, pemergian ibu dan ayah tersayang berlaku dalam tempoh dua tahun berturut-turut.
Sampai penyanyi bersuara lunak ini mengambil keputusan menutup media sosial miliknya kerana tidak mampu berhadapan dengan khalayak. Tindakan tersebut nyata memberi kesan besar dalam hidup Linda sekaligus menjadi nama Linda Nanuwil ‘tenggelam’ dan hilang dari radar industri seni buat beberapa ketika.


Ketika dihubungi pihak Nona tidak lama dulu, pelantun lagu Jika Kau Kekasih ini tenang menyambut panggilan. “Perkembangan terkini, Linda sudah kembali aktif menyanyi dan tawaran nyanyian juga syukur semakin banyak. Tawaran berlakon pula memang ada dapat di Sabah cuma masa tidak mengizinkan.”
Tatkala ditanya penglibatan seninya yang agak sepi sejak beberapa tahun lalu, Linda terbuka berkongsi rahsia hati. “Punca utama menyepikan diri sebenarnya sebab kedua-dua ibu bapa Linda meninggal dunia dalam masa dua tahun berturut-turut. Perkara ini sangat memberi kesan yang pedih dan sakit buat saya sehingga karier dan media sosial saya pun terpaksa shut down.
Waktu itu saya hanya mahu menjaga mak ayah. Saya cuma sempat menjaga dan melawat ayah lebih kurang enam bulan ketika ayah terlantar di hospital. Memang Linda selalu keluar masuk hospital sebelum dia meninggal. Kadang-kadang selepas selesai shooting, saya terus ke hospital untuk tunjukkan dia gambar-gambar diambil masa shooting.
Semasa ayah masih ada, kami sempat tulis lirik lagu bersama-sama dan terhasillah lagu Dusun, Upus Tolidang atau Cinta Sejati.

Selepas ayah meninggal dunia, saya kerap berada di Sabah untuk bersama mak. Waktu itu saya masih menetap di Semenanjung. Berbeza dengan pemergian ayah, pemergian mak saya sangat mengejutkan kerana mak langsung tidak menunjukkan simptom yang dia sakit tenat. Dia cuma pengsan waktu Subuh dan dihantar ke hospital di emergency dan meninggal dunia,” telus Linda sambil memberitahu punca pemergian kedua-dua insan istimewa tersebut adalah disebabkan masalah jantung.
Cuba mendapatkan kembali momentum kejayaan yang pernah diraih sebelum ini, Linda turut merancang untuk menghasilkan lebih banyak lagu-lagu ciptaan sendiri selain berhasrat menerbitkan single dan album di samping mengadakan kolaborasi bersama penyanyi dan pencipta lagu berbakat besar.
Bercerita tentang pesanan mak ayahnya yang paling diingati hingga ke saat ini, Linda berkata segala kata-kata dan pesanan mereka masih segar di kotak fikiran. “Terlalu banyak. Salah satunya, jangan memandu laju dan jangan bawa motorsikal. Sewaktu saya di Semenanjung, setiap hari terutama mak akan call saya. Dalam sehari, mak akan telefon berkali-kali. Setiap kali mak tengok berita di TV dan kalau ada berita tentang jenayah, kemalangan atau sebagainya… mak akan call minta supaya saya jaga diri, berhati-hati dan jangan keluar rumah seorang.”
https://www.instagram.com/p/CF8fxlaDxLT/





Kini Linda kembali aktif mewarnai dunia seni dan menjadi salah seorang peserta dalam program hiburan popular, Gegar Vaganza. Kemunculan wanita cantik ini nyata mengubat kerinduan peminat malah ada yang menyatakan wajahnya mirip seorang pelakon cantik yang baru sahaja bergelar ibu iaitu Nur Fazura.
Kredit foto: Linda Nanuwil
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


