Mengalami masalah bau nafas kurang menyenangkan amat sinonim dengan kebanyakan orang. Mujurlah kita wajib berpelitup muka, sekurangnya dapat mengekang masalah ini dari dihidu orang lain. Tapi bayangkan kalau pelitup dibuka?
Terutamanya kalau berpuasa, mukosa pada bahagian mulut akan kering akibat kekurangan air. Inilah punca nafas berbau yang lazimnya mudah diatasi selepas bulan Ramadan dengan pengambilan air secukupnya. Tapi kalau anda seorang perokok, masalah nafas berbau atau halitosis ini akan lebih sukar diatasi!
Masalah nafas berbau di kalangan perokok akan menjadi lebih teruk apabila mulut kering kerana berpuasa. Air liur adalah bahan pembilas mulut semula jadi. Ia membilas mulut sepanjang masa dan secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan dari permukaan gigi.
Pernah bertemu seseorang yang mempunyai masalah ini? Bayangkan ketika mahu bercakap dengannya, orang sekeliling terpaksa menutup hidung!
Ya, nafas berbau boleh mengakibatkan seseorang merasa malu dan rendah diri. Bagi perokok, bau mulut ditambah bau asap yang melekat pada pakaian membuatkan kehadiran mereka lebih tidak disenangi.
Selain berbau busuk, asap yang terhasil daripada pembakaran tembakau sering menjadi punca penyakit berkaitan rokok. Banyak kandungan berbahaya juga ditemui dalam asap rokok.
Pihak berkuasa kesihatan menemui lebih 6,000 bahan kimia ditemui dan 100 daripadanya sangat berbahaya. Itu belum dikira masalah ketagihan nikotin (melalui tembakau) dan penghasilan tar apabila tembakau dibakar.
CARA ATASI
Menyuruh perokok agar berhenti merokok secara drastik mungkin mustahil. Sebaik-baik alternatif bagi mereka adalah dengan bertukar kepada produk bebas-asap.
Selain memastikan mulut tidak kering akibat asap, ia juga mengurangkan impak negatif lain yang terkait dengan amalan tidak sihat itu.
Produk rokok bebas-asap jauh lebih kurang berbahaya jika dibandingkan dengan rokok sebenar. Ia masih memberi nikmat kepuasan yang sama dan membekalkan nikotin.
Kini hasil kecanggihan sains dan teknologi, beberapa produk e-rokok diperkenalkan iaitu:
E-rokok atau vape paling menjadi kesukaan perokok yang berhasrat untuk mengubati ketagihan mereka. Menggunakan sistem pembekal nikotin elektronik, ia bertindak secara memanaskan ‘cecair’ yang mengandungi nikotin (jus vape) dan perisa seterusnya menghasilkan aerosol yang dikenali sebagai ‘vapor’.
Selepas mengubah tabiat rokok secara sihat, beberapa langkah ini wajar diamalkan bagi mengatasi nafas berbau dengan berkesan.
1. Minum air secukupnya.
2. Kurangkan bercakap.
3. Elakkan memakan banyak bawang putih dan merah.
4. Ambil karbohidrat walaupun berdiet.
5. Kerap gosok gigi dan bersihkan lidah.
6. Rawat masalah mulut atau hidung (jika ada).
Nafas berbau segar terhasil daripada gaya hidup yang sihat. Bagi perokok, beristiqamah secara perlahan dengan kaedah yang disyorkan agar imej diri yang tercalar dapat segera dirawat. Paling penting, jagalah kesihatan dengan baik.
This website uses cookies.