Kalau selama ini Nur Dhabitah Sabri tampil aktif di pusat akuatik, penampilan ratu terjun negara ini dalam majlis resepsinya baru-baru ini nyata memukau pandangan tetamu yang hadir.
Apa tidaknya, jarang-jarang dapat tengok Dhabitah bersolek. Sentuhan magis makeup artist Fatin atau byfatinani di wajah manis isteri Jiggy tersebut jelas terserlah. Terus naik seri pengantin Dhabitah!
Terdahulu, Dhabitah turut mengambil khidmat solekan Fatin ketika majlis pernikahannya pada hujung April lepas.
Hampir tujuh bulan bergelar isteri, Dhabitah dan suami tercinta iaitu Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat Ahmad Nazri baru berkesempatan mengadakan majlis persandingan.
Ia memandangkan jadual ketat atlet renang tersebut yang terikat dengan pelbagai latihan dan kejohanan dunia.
Ads
Tanggal 11 November lepas akhirnya pasangan mempelai ini diraikan dalam sebuah majlis persandingan penuh meriah dan indah di Royale Palace, Cyberjaya.
Berkongsi video kemeriahan majlis, ujar Dhabitah, “Alhamdulilah selesai sudah majlis persandingan kami. Thank you everyone for coming to celebrate our happy moments together.
Kepada yang datang kami nak minta maaf kalau ada kekurangan. Doakan kami sentiasa dimurahkan rezeki dan panjang umur.”
Dalam majlis itu, Dhabitah kelihatan anggun menggayakan busana eksklusif bertemakan rona lilac ilham Altelia Amani. Sedondon dengan suami tersayang yang segak dalam persalinan sut.
Selain diraikan ahli keluarga dan sahabat handai, pasangan romantis ini turut menerima kehadiran Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Hannah Yeoh.
Jiggy yang juga pelawak dan pengacara bernikah dengan ratu terjun negara berkenaan pada 28 April 2023. Mereka dilaporkan berkenalan lebih setahun sebelum memutuskan untuk berkahwin.
Sebelum ini Jiggy pernah berkahwin dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun bercerai pada Januari 2020.
Seraut wajah asli, lembut dan menenangkan, seribu kali lebih baik daripada kejelitaan palsu di sebalik solekan atau pembedahan surgeri.
Dengan cara yang sederhana, sebenarnya anda masih boleh kelihatan menawan dengan mengamalkan dua doa ini.
Tanpa modal yang besar untuk membeli produk penjagaan kulit di pasaran, cuba amalkan saja doa ini dengan perasaan yakin dan ikhlas membacanya.
Surah Yusuf Ayat 4:
Surah Thaha Ayat 39:
Kedua potongan ayat tersebut diyakini memiliki banyak manfaat termasuklah untuk kecantikan kulit wajah dan awet muda.
Cara Mengamalkan
Baca sesudah wuduk dan selepas mandi. Tiupkan pada kedua tapak tangan dan raupkan ke wajah. Jika ikhlas dilakukan selalu dapat menambah kecantikan wajah dari hari ke hari.
Selepas solat wajib, baca kedua-dua ayat ini 3 kali. Tiupkan pada tapak tangan dan raupkan ke muka. Lama-kelamaan orang yang memandang akan melihat kelainan pada wajah anda. Lebih mempesona. Norzalina Mohd Alias
Sejak perhubungan cintanya bersama bekas penjaga gol kebangsaan dihidu ramai pihak sehinggalah perkahwinan mereka kini meniti usia 8 tahun dan dikurniakan 3 orang anak, kejelitaan Leuniey Natasha masih dikagumi. Raut wajah cantiknya ditambah pula dengan penampilan sopan Leuniey sejak berhijab menyerlahkan lagi keayuan suri hati Khairul Fahmi Che Mat ini.
Terpikat dengan kemulusan kulit wajah wanita berusia 29 tahun ini, lantas persoalan mengenai rahsia cantiknya diajukan. Dengan nada merendah diri, dia membuka rahsia. “Dari segi kesihatan dan kecantikan memang penting bagi Leuniey sejak zaman remaja lagi sebab galakan dari ibu Leuniey sendiri. Tak dinafikan memang Leuniey cukup menjaga diet, takutlah bila makin berumur ni kita senang naik berat badan sebab itu Leuniey ambil berat pasal diet seimbang.
Malah Leuniey suka minum wellness shot buatan sendiri iaitu campuran air kunyit, lemon dan juga halia untuk immune booster. Soal penjagaan wajah juga sangat penting bagi Leuniey. Pendek kata memang sangguplah berhabis untuk skin care. Bagi Leuniey kalau kita kedekut dengan diri kita sendiri macam mana nak cantikkan?”
Kecantikan pemilik nama Nur Eilunie Natasha Jaafar ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Dia bukan hanya dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik malah sangat menjaga kurniaan tersebut. Seperti kebanyakan wanita yang sinonim dengan kecantikan, Leuniey juga tidak terkecuali. Selain melakukan rutin penjagaan wajah secara konsisten, dia juga mementingkan kecantikan dalaman dengan melakukan aktiviti senaman sekerap mungkin. Iyalah, hendak nampak sentiasa cantik kena rajin!
Mengimbas kembali momen ijab kabul mereka pada 28 Disember 2012, Leuniey ketika itu baru mencecah usia 21 tahun. Selain berjaya menambat hati Apex yang sedang berada di puncak kerjaya, kecantikan Leuniey turut menarik perhatian ramai. Bahkan sehingga ke hari ini pun ibu kepada tiga anak ini masih kekal menawan. Ditanya resipi perkahwinan bahagia di samping suami tercinta, Leuniey ketika dihubungi menzahirkan rasa syukur.
“Alhamdulillah takdalah resipi sangat pun. Tahun ni merupakan tahun ke-8 perkahwinan kami, insyaAllah. Apa yang boleh Leuniey katakan, persefahaman yang baik antara pasangan itu adalah sangat penting. Begitu juga dengan sikap toleransi sesama suami isteri. Sebagai isteri, elakkan daripada buat benda yang suami tidak suka dan hormati suami adalah kunci utama dalam perkahwinan Leuniey dan Apex.”
Ujar wanita cantik ini lagi, “Sekarang kami menetap di Melaka, dah nak masuk tahun ketiga kami di sini sebab Apex main untuk Melaka United. Anak sulung dan nombor dua pun dah bersekolah tadika, masing-masing berusia 5 dan 6 tahun. Kebanyakan masa memang Leuniey bekerja dari rumah sebab office dan warehouse kami di Bangi. Setiap dua atau tiga kali seminggu Leuniey akan ke office di Bangi untuk jumpa team, jadi nak bahagikan masa di antara bisnes dan keluarga alhamdulillah tiada masalah buat kami.
Kalau Leuniey ke office belah pagi, Apex pula akan tolong jagakan anak sambil dibantu oleh maid sebab Apex training belah petang. Mujurlah kami ada maid yang sangat baik dan membantu dari segi kerja rumah dan anak-anak. Pada waktu lapang, Leuniey akan memenuhi waktu masa dengan anak-anak dan suami seperti bawa mereka keluar makan dan teman bermain. Kalau untuk diri sendiri pula Leuniey lebih suka pergi bersenam atau shopping bila ada masa terluang. Biasanya Leuniey buat rutin senaman pilates dan gym termasuk buat Live di Instagram untuk kongsi make up tutorial atau sekadar bersembang dengan rakan-rakan IG, ” ungkapnya.
Dalam kesibukan menguruskan keluarga sekalipun, Leuniey masih aktif mengembangkan empayar niaga. Jika dahulu fokusnya lebih kepada produk kosmetik, tetapi kini Leuniey ligat mengusahakan produk kecantikan terbaru, LadyVie. Difahamkan produk ini baru sahaja dilancarkan Mac lalu. “Idea untuk buat jamu modern LadyVie ni sebenarnya dah lama. Dari selepas melahirkan anak nombor dua lagi tapi Leuniey masih ragu-ragu untuk keluarkan. Sampailah bersalin anak nombor tiga. Ikutkan Leuniey sendiri pun memang ada amalkan jamu-jamu tradisional dan moden yang dibuat sendiri kat rumah.
Bila kita dah kahwin dan juga ada anak-anak, memang jamu adalah salah satu supplement yang penting bagi mengekalkan energy dan kesihatan dalaman Leuniey. Leuniey yakin jamu moden LadyVie ni memang boleh bantu ramai wanita-wanita kat luar sana sebab itulah Leuniey mengambil keputusan untuk keluarkan LadyVie selepas melakukan R&D lebih kurang 4 bulan lebih. Alhamdulillah Mac lepas kita dah buat online launching,” ulas Leuniey yang gemar membuat kerja seni, mengembara dan menari.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan main-main ya dengan bucu tudung yang crumple dan tak terbentuk dengan elok. Ia adalah perkara yang paling tidak disukai oleh wanita berhijab apabila tudung yang dipakai senget dan sukar dibentuk.
Malah, kalau tudung tak ‘on point’ boleh rosakkan mood sepanjang hari tau! Terutamanya, apabila menghadiri majlis-majlis penting atau keramaian yang pastinya akan ada banyak sesi bergambar untuk disimpan sebagai kenangan. Kalau tudung buat hal ketika itu memang nahas.
Bagaimanapun, perkara sama tidak menjadi sebarang masalah bagi pelakon genit asal kelahiran Kuala Selangor, Ardell Aryana. Malah Ardell dengan selamba memuat naik satu foto di laman Instagram miliknya, memaparkan dia memakai tudung ‘senget’.
“Lihatlah dengan hati, bukan sekadar memerhati. Always my favourite fabric,” tulisnya.
Ardell atau nama penuhnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 34 tahun mula bertudung sejak pertengahan September, enam tahun lalu.
Team NONA sempat meninjau ruangan komen dalam hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata wargamaya memberikan respon positif.
Malah, netizen menyifatkan bahawa apa sahaja yang dipakai oleh aktress yang mempunyai darah kacukkan melayu-cina tersebut pasti kelihatan cantik.
Pada NONA, cantik itu merupakan perkara yang subjektif. Ini demikian kerana, setiap individu mempunyai pandangan serta perspektif tersendiri tentang kecantikan masing-masing.
Apa yang penting, kecantikan luaran perlulah seiring dengan kecantikan dalaman, sikap dan perilaku kita kena jaga.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari MEDIA HIBURAN.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Happy birthday Datin Paduka Eina Azman! 13 Mac lepas merupakan ulang tahun kelahiran personaliti jelita ini yang ke-30. Meniti usia 30 tahun, Datin Paduka...