Naik Seri Wajah AMYRA ROSLI, Rekaan Eksklusif & Unik Bunga Anemone dUCk Jadi Rebutan!

Nampak mahal dan eksklusif! Sesiapa saja yang pernah menggayakan skaf dari label dUCk pasti ‘jatuh cinta’ dengan rekaan dan material jenama tempatan popular berkenaan. Menjadi rebutan bukan saja dalam kalangan para hijabi, koleksi terbaharu The Blooming dUCk ini nyata perlu ada dalam lemari anda!

Untuk koleksi kali ini, dUCk menampilkan keindahan bunga Anemone yang terdiri daripada skaf, ready-to-wear dan beg. Koleksi The Blooming dUCk mula diperkenal pada tahun 2016 yang terdiri daripada rekaan berunsurkan bunga Orkid, Mawar, Peonies, Trio dan Tuberose.

Mengulas lanjut mengenai koleksi terbaharu The Blooming dUCk, Pengasas bersama The dUCk Group iaitu Vivy Yusof berkata pihaknya mahu mengakhiri tahun 2022 yang penuh dengan cabaran ini dengan koleksi yang ‘sweet’ dan menarik.

Kredit Instagram @theduckgroup
Kredit Instagram @theduckgroup
Kredit Instagram @theduckgroup
Kredit Instagram @theduckgroup

“Kali ini kami memilih keindahan bunga Anemone yang berkembang mekar apabila matahari terbit, yang mana ia menjadi simbol tepat untuk menyambut ketibaan tahun baharu dan lembaran baharu. Kami mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua dan memiliki detik mengagumkan pada tahun 2023.”

Istimewanya koleksi The Blooming dUCk Anemone buat julung kali menghasilkan rekaan bunga di dalam pasu sebagai motif.

Kredit Instagram @theduckgroup
Kredit Instagram @theduckgroup
Kredit Instagram @theduckgroup

Skaf koleksi ini hadir dalam bentuk shawl dan square scarf dengan enam pilihan warna yang dinamakan Chance, Promise, Believe, Constant, Moment dan Dedication. Di samping dihasilkan dengan material satin silk

dan matte satin silk.

Ia dijual pada harga RM350 dan harga kombo bagi kesemua warna RM1,950. Para hijabi boleh mendapatkan koleksi ini secara dalam talian atau berkunjung ke butik dUCk berhampiran yang mula dijual pada 22 Disember lalu.

Share
Published by
Suzi