Penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku dan Kosong, Najwa Latif, 27, selamat bergelar isteri kepada rapper, Akwa Ariffin, 30, dengan hanya sekali lafaz di Batu Pahat, Johor sekitar jam 8.30 pagi Jumaat.

NAJWA LATIF Kini Bergelar Isteri Kepada Sahabat Baik, Terima 2.5 Gram Emas Sebagai Mas Kahwin

Ads

NAJWA LATIF Kini Bergelar Isteri Kepada Sahabat Baik, Terima 2.5 Gram Emas Sebagai Mas Kahwin

Majlis ijabkabul yang berlangsung di sebuah hotel itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Pada majlis penuh harmoni itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berupa mas kaHwin 2.5 gram emas kepada Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif.

NAJWA LATIF Kini Bergelar Isteri Kepada Sahabat Baik, Terima 2.5 Gram Emas Sebagai Mas Kahwin

Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan ahli keluarga kedua belah pihak.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Najwa turut berkongsi momen istimewanya bersama suami dengan memuat naik foto pertama mereka selepas bergelar pasangan suami isteri.

“Alhamdulillah, kami dah grad @akwaarifin,” tulis penyanyi Cinta Muka Buku itu ringkas.

Pasangan pengantin diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung selepas solat Jumaat.

Najwa dan suami sebelum ini pernah tampil bekerjasama menerusi dua single duet berjudul Dua dan Tak Kisah Pun.

Ads

NAJWA LATIF Kini Bergelar Isteri Kepada Sahabat Baik, Terima 2.5 Gram Emas Sebagai Mas Kahwin

NAJWA LATIF Kini Bergelar Isteri Kepada Sahabat Baik, Terima 2.5 Gram Emas Sebagai Mas Kahwin

Najwa yang kini bergelar pensyarah, sedang melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

NAJWA LATIF Kini Bergelar Isteri Kepada Sahabat Baik, Terima 2.5 Gram Emas Sebagai Mas Kahwin

Ads

Tempoh pengajiannya itu dijangka dalam tiga hingga enam tahun. Walaupun masih jauh ‘perjalanan’ itu namun bagi Najwa ianya bakal menjadi satu pencapaian luar biasa bagi seorang anak seni sepertinya, apatah lagi dia sendiri mengakui pernah tidak minat akademik.

NONA mengucapkan selamat pegantin baharu buat Najwa dan suami.

Sumber Foto: Instagram Najwa Latif

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI