Percayakah anda, bahawa anda mampu mempengaruhi jantina bayi yang dikandung melalui diet sebelum hamil? Ya, sebuah kajian telah menemukan bukti kukuh bahawa semakin banyak makanan tinggi tenaga diambil sewaktu fasa pranatal, maka semakin tinggilah potensi si ibu untuk mendapatkan anak lelaki. Justeru bagi bakal-bakal ibu yang berhasrat untuk mendapatkan cahaya mata lelaki, usah malas bersarapan dan makanlah banyak pisang!
Sejak zaman-berzaman, pelbagai teori untuk mendapatkan bayi lelaki telah dipraktik meskipun kesahihannya meragukan. Pada abad ke-18, pasangan yang terdesak untuk memiliki anak lelaki sanggup berbuat apa sahaja seperti membuang buah zakar kiri seperti yang dicadangkan oleh pakar anatomi Perancis, Procope-Couteau. Namun selepas melalui pelbagai penyelidikan, pakar-pakar percaya bahawa perkara paling berpengaruh untuk menentukan jantina sebenar bayi adalah kandungan DNA di dalam sperma.
Sewaktu hamil, jantina ditentukan oleh ciri-ciri kromosom iaitu sperma suami yang membawa kromosom X dan Y yang seterusnya menentukan sama ada bayi akan menjadi lelaki atau perempuan. Ovum anda pula hanya membawa kromosom X. Apabila kromosom suami bercantum dengan kromosom isteri, anda akan mendapat sama ada XY (bayi lelaki) atau XX (bayi perempuan).
Terkini, kajian jurnal Proceedings of the Royal Society B pula menunjukkan bahawa bakal-bakal ibu yang mengamalkan diet tinggi kalori sewaktu proses pembentukan bayi lelaki boleh meningkatkan peluangnya sebanyak 56 peratus. Selain mengambil makanan yang berkalori, wanita yang mendapat bayi lelaki juga turut didapati mengambil kuantiti nutrien yang tinggi seperti potasium, kalsium, vitamin C, E dan B12 sebelum hamil lagi.
Di dalam erti kata lain, ikhtiar untuk mendapatkan bayi lelaki boleh dilakukan seawal mungkin dengan cara menikmati sarapan seperti bijirin, mengudap pisang, menggunakan lebih garam dan meningkatkan pengambilan kalori harian sehingga 400 kalori berbanding biasa. Diet-diet ini dikenali sebagai IG Diet, French Diet dan Boy/Girl Diet. Namun sebelum memulakan sebarang program diet, anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor kerana diet yang disarankan tidak menjamin kejayaan memperolehi jantina bayi yang diimpikan.
DIET BAYI LELAKI
Cadangan pemakanan untuk mendapatkan bayi lelaki ialah dengan menambah lebih kalori sehingga 2500 kalori setiap hari termasuk sarapan pagi. Bakal-bakal ibu juga disaran agar mengambil makanan tinggi kalium dan garam untuk mengubah kimia tubuh agar lebih beralkali dan mesra dengan sperma. Sementara itu, French Diet pula mengesyorkan anda makan pisang, minum kopi dan minuman bergas, daging serta ikan masin. Anda juga harus mengelak daripada meminum susu dan sebarang makanan tenusu. Diet ini dicadangkan kira-kira sebulan sebelum hamil dan berterusan sehinggalah anda hamil.
KUNCI: Beralkali, tinggi potasium dan sodium. Diet tinggi kalori juga mesti diamalkan.
DIET BAYI PEREMPUAN
Berlawanan dengan diet di atas, diet untuk mendapatkan bayi perempuan pula menuntut bakal-bakal ibu agar mengurang atau mengelakkan makanan bergaram, yis, daging, ikan, kopi dan minuman bergas. Anda disyorkan untuk makan lebih banyak makanan tenusu seperti aiskrim, keju dan yogurt, minum susu, strawberi, bawang, bawang putih, sawi dan buah pir. Ini kerana, anda perlu memastikan agar kimia tubuh dalam keadaan berasid.
KUNCI: Makanan berasid, tinggi kalsium dan magnesium. Diet yang diamalkan juga mesti rendah sodium, potasium dan kafein.
TIP
This website uses cookies.