Nak Badan Maintain, Kena Tahu Snek Terbaik Untuk Badan

Lepas main course, mulut ni masih lagi nak mengunyah. Niat hati nak kurangkan berat badan tapi bila asyik nak mengudap, terus hilang niat asal untuk kurus. Jangan bimbang, snek untuk kurus banyak dan mudah di dapati. Pilih yang terbaik ok!

Memilih snek yang sihat mudah saja. Sama ada rajin atau tidak menggunakan carian Google untuk buat kaji selidik paling mudah dan cepat. Di bawah ini ada banyak pilihan snek mengenyangkan dan menyihatkan!

Kacang campur

Kacang adalah snek bernutrisi paling ideal untuk anda. Ia mnegurangkan risiko penyakit jantung dan mengelakkan kanser, depresi dan penyakit lain. Pilih kacang-kacang seperti badam, gajus dan kacang cerdik sebagai snek baru anda!

Yogurt Greek dan beri campuran

Buah-buahan beri memang sangat enak dinikmati bersama yogurt asli. Strawberi, beri hitam, beri biru atau rasberi adalah kombinasi untuk kesihatan dan keenakan. Ia diperkaya dengan kalsium dan potassium.

Epal hijau dan mentega kacang

Bukan kanak-kanak saja gemarkan mentega kacang, golongan dewasa pun boleh menjilat jari bila menikmati mentega kacang bersama epal hijau. Rasa masam epal dikurangkan dengan perisa mentega kacang yang manis.

Saderi dan krim keju

Saderi dan krim keju adalah snek rendah karbohidrat. Walaupun ramai yang tak menyukai rasa saderi tetapi anda pasti tidak boleh katakan tidak pada krim keju!

Coklat gelap dan badam

Coklat? Ya, coklat gelap juga snek yang bagus dan rendah kalori. Tetapi ia kaya dengan flavanols yang membantu mengurangkan kadar tekanan darah dan mengurangkan risiko jantung. Coklat gelap dan badam tinggi dengan magnesium.

Timun dan hummus

Timun dan hummus adalah nutrisi yang menjadi kombinasi terbaik. Timun kaya dengan cucurbitacin E, kompaun yang mempunyai anti-kanser manakala hummus diperbuat dari kacang chickpea

, minyak zaitun dan bawang putih. Ia mampu meningkatkan tahap kesihatan.

Tomato ceri dan keju Mozzarella

Never say no to cheese! Keenakan tomato ceri sangat sesuai digabungkan dengan krim Mozzarella. Tomato kaya dengan vitamin C, potassium dan lycopene, anti-oksidan yang boleh mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung. Keju Mozzarella pula tinggi kalsium, protein dan vitamin B12.

 

 

Share
Published by
KR