Nak Bawak Produk Lokal Ke London, Mercu Food UK Limited & WAWASANITA Mampu Realisasikan Impian Anda!

Nama Malaysia sememangnya cukup terkenal di bumi United Kingdom dalam pelbagai aspek. Antara yang sering diperkatakan ialah dari aspek makanan di mana kebanyakan hidangan Malaysia sering menjadi pilihan di London.


Baru-baru ini, Jasmine Restaurant dan Mercu Food UK Limited berkolaborasi dengan WAWASANITA untuk membangun serta mengembangkan sayap pengeluar serta usahawan produk dari Malaysia ke United Kingdom dan Eropah.

Datin Sri Mastura Yusoff

Menurut Presiden Mercu UK Limited, Datin Sri Mastura Yusoff ketika ditemui di majlis sidang akhbar kolaborasi bersama WAWASANITA berkata misi utama kerjasama di antara Jasmine Restaurant adalah untuk memberi peluang untuk pengeluar dan usahawan produk tempatan mengetengahkan produk mereka melalui ruang dan platform Brick n Mortar Jasmine Restaurant yang terletak di Lexham Gardens, London, United Kingdom.

Jasmine Restaurant, London

“Visi kami untuk mendukung tanggungjawab serta memainkan peranan bersama sebagai pemain industri F&B di luar negara dan WAWASANITA sebagai pintu gerbang memajukan pembekalan produk lokal ke pasaran dunia,” ujar Datin Sri Mastura ketika ditemui di sidang media hari ini.


Untuk rekod, Jasmine Restaurant merupakan sebuah restoran Malaysia yang semakin popular di London yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa.  Restoran yang mula membuka pintu pada tahun 2021 mula meniti di bibir para penggemar hidangan Malaysia dan antarabangsa kerana lokasi yang strategik dan hidangan autentik Malaysia yang premium.

Berteraskan misi experience, explore dan enjoy, restoran yang berkonsepkan premium F&B boutique ini bakal mengetengahkan pelbagai produk gaya hidup buatan Malaysia serta hidangan serta produk makanan yang boleh dinikmati dan sedia dibeli oleh para pelanggan.

Jasmine Restaurant bermurah hati berkongsi ruang, kemudahan dan fasiliti untuk membantu usahawan tempatan memasarkan produk mereka di London, United Kingdom.

YBhg Datin Norly Alias

Presiden WAWASANITA, Y.Bhg Datin Norly Alias pula menambah usaha tersebut akan direalisasikan dengan fasiliti serta pengurusan vendor bertaraf antarabangsa dari Malaysia dengan tunjuk ajar yang diatur di bawah WAWASANITA. Pengalaman WAWASANITA selama 26 tahun membimbing usahawan memperkenalkan produk mereka dalam pelbagai platform.


Malah, Jasmine Restaurant dan WAWASANITA bakal menganjurkan Asia Food Fiesta pada 5 hingga 7 Mei 2023 yang akan datang. Para pengunjung akan berpeluang menikmati keenakan hidangan Malaysia bersempena sambutan Aidilfitri yang akan datang.

Share
Published by
Rosmah Idayu