Nak beli minyak wangi, sama macam memilih baju juga. Untuk siang lain, untuk malam lain. Malah, pilihan minyak wangi untuk musim panas dan sejuk pun lain. Di Malaysia, mujur ada cuaca panas dan hujan saja, jadi hanya dua minyak wangi diperlukan.

Ads

Nak Beli Perfume Kena Ada Ilmu, Barulah Berbaloi Dengan Harga Yang Dibayar!

Harga minyak wangi ada yang mahal dan ada juga yang murah. Terpulang kepada individu untuk memilih yang mana asalkan sesuai dengan chemistry tubuh. Ada beberapa tips yang boleh anda cuba dan baca juga pendapat pakar.

  1. Senaraikan haruman yang diminati

Sekiranya anda cenderung dengan haruman dari buah-buahan, senaraikannya. Anda juga boleh memilih dari aroma bunga-bungaan. Ini adalah untuk memudahkan ‘perfume hunting’ anda nanti.

  1. Beli minyak wangi pada waktu pagi

Mengapa? Deria bau anda lebih sensitif pada waktu pagi, otak lebih tenang dan ia adalah masa terbaik untuk membuat pilihan terbaik. Malah, anda juga digalakkan memilih haruman pada waktu pre-menstrual kerana ketika itu bau anda lebih sensitif, memudahkan anda memilih aroma floral!

Nak Beli Perfume Kena Ada Ilmu, Barulah Berbaloi Dengan Harga Yang Dibayar!

  1. Ikut gaya sesuai

Sebelum keluar memilih haruman, bergayalah mengikut personaliti anda agar pembantu jualan boleh membantu anda membuat pilihan mengikut gaya dan personaliti anda.

  1. Hindari minyak wangi dan kosmetik

Hanya sekali ini, biarkan wajah anda polos dan tubuh tanpa haruman. Nanti sukar untuk anda membuat pilihan haruman yang sesuai untuk anda.

Nak Beli Perfume Kena Ada Ilmu, Barulah Berbaloi Dengan Harga Yang Dibayar!

Ads
  1. Sediakan sapu tangan kecil atau kepingan kain kecil

Semburkan minyak wangi pilihan pada sapu tangan dan kain kecil itu. Anda bawa pulang dan buat pilihan mengikut kegemaran anda. Datang smeula untuk membuat pembelian.

Namun, menurut Pengarah Kreatif jenama haruman eksklusif dunia Amouage, Christopher Chang, untuk memilih haruman terbaik adalah dengan menyemburkan pada bahagian tubuh agar ia boleh sebati dengan bau badan anda.

  1. Hadkan semburan minyak wangi

Buat pilihan lima terbaik. Hidung anda hanya boleh ‘menangkap’ hanya 5 haruman sahaja dan waktu percubaan tidak lebih dari 3 minit.

Ads

Nak Beli Perfume Kena Ada Ilmu, Barulah Berbaloi Dengan Harga Yang Dibayar!

  1. Haruman asli

Sedikit pelaburan untuk minyak wangi original lebih baik kerana walaupun harganya mahal tetapi pati haruman ini tahan lebih lama.

  1. Pilih haruman, bukan botol!

Jangan biarkan botol yang cantik memperdaya anda. Paling penting, haruman yang dipilih sesuai dengan anda. Botol pun hanya di simpan di rumah kan?

Nak Beli Perfume Kena Ada Ilmu, Barulah Berbaloi Dengan Harga Yang Dibayar!

  1. Ikut perasaan

Kali ini anda boleh membuat keputusan membeli minyak wangi mengikut perasaan. Maksudnya, deria bau anda yang akan memberikan perasaan kesesuaian untuk tubuh. Hanya anda yang tahu apa yang terbaik, bukan orang lain!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI