Fesyen

Nak Bergaya Boleh, Tapi Jangan Pilih AKSESORI Yang Melampau Kerana Khuatir Nampak Macam Badut!

Aksesori merupakan pelengkap kepada gaya keseluruhan seorang wanita. Pemilihan aksesori yang bertepatan dan bersesuaian amat penting bagi menyerlahkan penampilan anda. Pemilihan aksesori yang salah boleh menjadikan keseluruhan penampilan anda tampak pelik dan terlalu sarat. Ikuti panduan dan peraturan dari Nona yang perlu anda tahu ketika memilih aksesori!

1. ELAK DARI MEMAKAI LEBIH DARIPADA TIGA ATAU EMPAT AKSESORI BESAR

Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin menggabungkan beberapa aksesori besar dalam satu gaya tetapi anda perlu pastikan ia tidak lebih daripada tiga atau empat aksesori. Paling penting, aksesori itu perlu sepadan antara satu sama lain dari segi warna, gaya, dan juga material.

2. BEG TANGAN TIDAK PERLU DARI WARNA YANG SAMA DENGAN KASUT

Memilih beg tangan yang senada dengan rona kasut anda bukanlah pilihan yang tepat dan wajib dilakukan. Sekiranya anda memakai kasut dengan rona terang, sebaiknya padankan dengan beg tangan dengan rona yang berbeza.

3. JANGAN PAKAI JAM TANGAN SEKIRANYA MEMAKAI GAUN

Jam tangan lebih sesuai untuk gaya yang lebih moden dan urban. Memakai jam tangan ketika mengenakan gaun adalah satu perkara yang tidak digalakkan. Anda akan tampak janggal dan tidak relevan.

4. ELAK DARI MEMAKAI KASUT BERONA GELAP SEKIRANYA MEMAKAI PAKAIAN BERONA PASTEL

Pakaian berona pastel lebih sesuai dipadankan dengan kasut dari rona yang lebih cerah. Nescaya anda tampil lebih menonjol. Kasut dari rona gelap pula tidak sesuai jika dipadankan dengan pakaian berona pastel.

Share
Published by
Fadhli Ismail