Seperti kulit, bibir juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bibir yang cantik menjadi dambaan setiap wanita. Namun begitu, tidak semua wanita dikurniakan bibir yang cantik tanpa sebarang masalah seperti bibir kehitaman, merekah dan sebagainya.
Tahukah anda, bibir juga bertindak tindak balas negatif terhadap sinaran ultraungu? Jadi untuk melindungi bibir daripada sinaran matahari, selalulah menggunakan pelembap bibir yang mengandungi tabir suria. Ia berfungsi untuk membekalkan lembapan biarpun ketika cuaca panas.
Berikut disenaraikan beberapa perkara yang harus dijauhi untuk memastikan bibir agar ia tampil berseri dan bebas dari masalah:
1.Elakkan membasahkan bibir dengan menggunakan lidah. Tahukah anda, setiap kali anda membasahkan bibir dengan lidah, ia menempelkan air liur di permukaan bibi yang akan menyebabkan bibir menjadi bertambah kering.
2.Usah ralit menggigit bibir kerana tabiat itu akan menyebabkan lapisan kulit mudah menggelupas dan sekaligus menjadi kering. Jadi, jika anda berada dalam keadaan takut atau risau, jangan amalkan tabiat gigit bibir, ok!
3. Gunakan ubat gigi yang mempunyai efek dingin. Elakkan guna ubat gigi yang terlalu pedas.
4.Selepas seharian mengenakan gincu bibir, jangan lupa untuk membersihkan sisa-sisa gincu di bibir pada waktu malam. Caranya dengan menggunakan air atau pencuci solekan untuk membersihkan gincu.
5.Mungkin ada yang berpendapat penggunaan skrub bibir mampu membersihkan bibir tetapi hakikatnya anda tidak perlu menggunakan skrub bibir untuk menanggalkan sel kulit mati kerana bibir tidak mengandungi kelenjar minyak dan selu kulit mati.
6.Dari segi pemilihan jenama pula, sebaiknya oles gincu bibir dari jenama yang sama kerana efek bahan berbeza akan menyebabkan warna dan tekstur tidak disapukan secara sekata. Sekaligus boleh menyebabkan bibir terluka.
7.Dari segi pemilihan warna gincu pula, pilih pilih gincu berwarna natural gelap seperti coklat jika anda banyak melakukan aktiviti di luar pada siang hari. Ini sebenarnya untuk memberikan keselesaan dan memudahkan anda mengawal warnanya agar tidak tampak sarat kala kesibukan. Warna merah saga sesuai untuk aktiviti malam.
8.Jangan tak tahu bibir turut mengalami masalah elergi atau kegatalan. Oleh itu, gunakan pelembap bibir sebelum mengoles gincu. Pemakaian madu untuk lapisan atas bibir juga mampu melembapkan bibir. Selain dari pelembap bibir, anda juga boleh menggunakan madu sebagai alternatif lain. Madu merupakan antara pelembap yang terkandung dalam pelembap bibir.
9.Elakkan menggunakan gincu atau lip gloss yang mengandungi bahan berunsur pudina jika bibir mengalami luka kerana ia akan memudaratkan luka tersebut serta menyebabkan bibir menjadi pedih.
10. Untuk mendapatkan bibir yang lembut dan sihat, pilih gincu bibir yang mengandungi pelembap dan bahan anti-oksida seperti vitamin A, E dan C.
This website uses cookies.