Selamat Dan Mudah, Ini 5 Petua Nak Cantik Cara Tradisional!

Zaman sekarang terdapat banyak produk kecantikan yang boleh didapati di pasaran. Malah, industri kecantikan di Malaysia semakin berkembang dengan kemunculan produk-produk tempatan. Namun, adakah anda tahu, petua tradisional sebenarnya sangat berkesan dan lebih semulajadi.

Cuba amalkan remedi mudah ini di rumah untuk realisasi impian cantik anda.
Daripada anda membelanjakan lebih banyak wang kepada produk berunsurkan bahan kimia, adalah digalakkan untuk anda mencuba remedi mudah di rumah untuk meningkatkan kesihatan menyeluruh kulit dan penampilan.

Nona kongsikan petua cantik tradisional yang boleh anda cuba di rumah!

1. LEMON

Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Sapu rata pada permukaan kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan. Gosok rata dengan gerakan membulat dan biarkan ia selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan remedi ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit bersih berseri.

2. MADU

Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah. Biarkan ia mengering sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak dalam memberikan kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semulajadi pada wajah anda.

3. KUNYIT

Gaul satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Oles pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia mengering sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulangi remedi dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan kesan tompok hitam dan parut pada wajah.

4. SERBUK PENAIK

Adun rata dua sudu teh serbuk penaik dengan satu sudu teh air atau air perahan jus lemon sehingga menjadi pes. Cuci kulit wajah anda dan sapukan pes secara menyeluruh pada kulit. Akhir sekali bilas wajah anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala. Amalkan cara mudah ini di rumah dua atau tiga kali seminggu.

5. TIMUN

Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan setiap hari sebelum tidur.

Share
Published by
Fadhli Ismail