Gaya Hidup

Nak Cantik & Langsing, Kena Rajin Amalkan Tip DATIN MASTURA Ini! Mudah Je

Soal penampilan sememangnya menjadi antara agenda utama seorang insan bergelar wanita. Biarpun telah melalui proses melahirkan anak, soal penampilan diri baik dari segi luaran mahupun dalaman tidak boleh dipandang ringan. Mengakui soal penampilan diri penting untuk keyakinan diri, Datin Mastura Yusof sememangnya amat menghargai kuasa penampilan diri dalam membentuk personaliti dirinya.

Melihat koleksi pakaian yang dibawa untuk sesi fotografi ini, ternyata wanita yang mempunyai empat orang cahayamata ini sememangnya bijak bergaya dan mempunyai citarasa yang baik dalam bidang fesyen. Bijak menyesuaikan gaya dengan majlis yang bakal dihadiri, penampilannya tampil anggun dalam busana yang digayakan sepanjang sesi fotografi ini.

“Tidak dinafikan saya amat menggemari bidang fesyen.terutamanya fesyen up to date. Pada pandangan saya,sense of fashion perlu ada dalam diri setiap individu dan fesyen adalah sesuatu yang subjektif untuk ditafsirkan. Untuk bergaya, tidak semestinya seseorang perlu mengenakan pakaian atau aksesori berjenama mewah. Tetapi apa yang penting, kesesuaian pemilihan pakaian serta aksesori yang digayakan. Bagi diri saya sendiri, saya lebih gemar gaya yang simple

.

Pada hari-hari biasa apabila keluar bersama anak-anak, saya lebih selesa mengenakan tshirt dan jeans. Hanya apabila perlu menghadiri majlis formal, saya akan menjadi lebih teliti dalam memilih pakaian agar ia bersesuaian dengan majlis yang bakal dihadiri.

Pada pandangan saya, feysen perlu diikuti bagi menunjukan gaya dan penampilan seseorang dan sikap seseorang itu,”ujar Datin Mastura memulakan bicara memperkatakan tentang fesyen kegemarannya.

Selain itu, wanita cantik ini juga menggemari pelbagai aksesori seperti tas tangan, kasut dan sebagainya kerana menganggap aksesori adalah sebagai pelengkap gaya setiap wanita.

“Tidak dinafikan.aksesori adalah antara benda wajib ada bagi setiap wanita sebagai pelegkap gaya. Teapi jangan keterlaluan kerana aksesori bertujuan untuk pelengkap gaya. Jika ia digayakan secara keterlaluan, ia akan memberikan impak terhadap penampilan. Jadi, saya lebih gemarkan gaya yang minimalis tetapi nampak classy,” sambungnya lagi.

JAMU TRADISIONAL RAHSIA KECANTIKAN

Melihat susuk tubuhnya yang kecil molek, penulis tidak menyangka ibu kepada empat cahayamata ini bakal menjengah ke angka 40 tahun beberapa bulan sahaja lagi. Susuk tubuh yang menarik ditambah pula dengan wajah yang jelita, sebenarnya membawa penulis menyelongkar rahsia bagaimana Datin Mastura mengekalkan kejelitaannya.Sambil tersenyum dan melirik ke arah penulis, Datin Mastura sudi berkongsi rahsia awet mudanya itu.

“Jangan tak tahu, walaupun saya nampak moden, tetapi saya masih mengamalkan pengambilan jamu tradisional untuk mengekalkan kesihatan tubuh. Saya banyak mengamalkan makan makanan dari bahan-bahan semulajadi seperti mengamalkan minuman air akar kayu dan jamu yang diadun sendiri oleh ibu saya untuk mengekalkan kecantikan secara luaran dan dalaman. Dari situ, saya mula terfikir  ingin komersialkan petua-petua serta amalan orang-orang tua dahulu yang terbukti berkesan kerana saya sendiri mengamalkannya.

Malah, rakan-rakan sering bertanya tentang rahsia bagaimana saya mengekalkan kecantikan pada usia bakal mencecah 40-an dan jawapan saya amat mudah. Saya gembira kerana amalan pengambilan jamu tradisional serta minuman akar kayu banyak membantu saya mendapatkan kesihatan fizikal dan dalaman yang baik. Sekaligus, ia mencetuskan idea buat saya untuk berjinak-jinak dalam perniagaan berasaskan kecantikan selepas mendapat galakan serta sokongan dari suami tersayang, Dato’ Sri Ahmad Sukimi Ibrahim,” ujarnya lagi.

KELUARGA

Sebagai wanita yang mempunyai kerjaya, tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan juga ibu tidak pernah dipandang ringan meskipun mempunyai pembantu untuk menguruskan rumah. Boleh dikatakan hampir semua wanita moden masa kini semakin bijak membahagikan masa natara karier dan rumahtangga walaupun tidak mempunyai banyak masa untuk diri sendiri.

Menyingkap rahsia wanita cantik yang mempunyai empat cahaya mata berumur antara 15 hingga 5 tahun, waktu berkualiti bersama keluarga digunakan sebaik mungkin untuk merapatkan lagi hubungan bersama keluarga.

“Saya mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki yang mana anak sulung kini sudah meningkat remaja dan berusia 15 tahun manakala satu-satunya anak perempuan sudah mencecah usia 5 tahun. Saya amat mementingkan masa berkualiti bersama anak memandangkan anak-anak sedang meningkat remaja dan pastinya memerlukan perhatian dari seorang ibu.

Jika mempunyai waktu lapang, saya gemar menghabiskan masa bersama anak-anak. Walaupun sedang sibuk memulakan perancangan untuk memulakan perniagaan dalam bidang kecantikan, ia tidak pernah membuatkan saya alpa dan lalai terhadap tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Menceburkan diri dalam bidang perniagaan adalah sunnah yang disarankan dalam Islam kerana punca rezeki juga datangnya dari cabang perniagaan.

Share
Published by
Rosmah Idayu