Kini trend kecantikan popular dari Korea dengan gaya solekan memukau menjadi ikutan di pelbagai pelusuk dunia.
Salah satunya ialah glass skin. Kulit yang diibaratkan umpama kaca dianggap bersih tanpa pori-pori, sangat halus, anjal dan berseri.
Ads
Kalau tanpa secalit solekan pun, wajah tetap nampak segar dan sihat.
Dipetik daripada Purplle, berikut adalah langkah demi langkah bagi mendapatkan glass skin ala wanita Korea.
DOUBLE CLEANSER
Kaedah double cleansing membantu membersihkan wajah daripada sisa solekan yang melekat atau menyumbat pori-pori kulit.
Dengan menggunakan kapas, bersihkan wajah dengan oil cleanser atau milk cleanser. Kemudian, gunakan pencuci wajah agar lebih bersih secara maksimum.
PENGELUPASAN (EXFOLIATE)
Walaupun wajah dah melalui tahap double cleansing, tetap perlu melakukan proses pengelupasan bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan kotoran yang terkumpul di bawah permukaan kulit.
Kulit akan lebih cerah, bersih, mencegah jerawat dan membantu penyerapan produk penjagaan kulit dengan lebih baik. Lakuan 2-3 kali seminggu.
PENYEGAR (TONER)
Wanita Korea gemar menggunakan toner dalam siri penjagaan kulit mereka.
Selain mencerahkan, toner juga membantu mengimbangi pH kulit, melembapkan dan membantu produk penjagaan kulit lain meresap dengan sempurna ke dalam kulit.
Elak guna toner yang mengandungi alkohol kerana boleh mengeringkan kulit. Pilih toner yang boleh melembapkan kulit dan mengurangkan minyak pada wajah.
ESSENCE
Membantu meningkatkan kelembapan dan memperbaiki tekstur kulit wajah.
Ads
Penggunaan pati pada waktu malam dipercayai dapat membuatkan kulit cerah dan berseri bak kaca di waktu pagi.
SERUM
Kunci utama bagi mendapatkan glass skin ala wanita Korea. Serum bukan saja melembapkan kulit, malah dapat memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Pilih serum yang mengandungi asid hyaluronik dan Vitamin E bagi membantu melicinkan dan menambahkan kelembapan pada kulit.
PELEMBAP
Sapu pelembap pada waktu pagi dan malam.
Ads
Selain melembapkan, pelembap juga boleh membantu mencerahkan kulit dan mempercepatkan penyerapan produk penjagaan kulit lain ke dalam kulit.
KRIM PELINDUNG MATAHARI
Fungsi utama krim ini untuk melindungi kulit daripada sinaran UV dan mengelakkan tanda-tanda penuaan.
Bagi memastikan wajah kekal bersih dan berseri, gunakan pelindung matahari walau berada di dalam rumah.
MASKER WAJAH
Terdapat banyak masker wajah di pasaran yang boleh membantu dengan pelbagai masalah kulit.
Untuk penampilan yang glowing dan melembapkan, gunakan sheet mask pada waktu malam 2-3 kali seminggu.
Kredit Foto: www.pexels.com
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Secara literal, hijab bermaksud sesuatu yang digunakan untuk menyekat sesuatu yang lain. Ajaran Islam mewajibkan wanita untuk berhijab atau menutup bahagian tubuh tertentu kecuali yang dibenarkan.
Sedar atau tidak, menutup bahagian badan tertentu memberikan pelbagai manfaat kesihatan berdasarkan beberapa kajian ilmiah yang sedia ada.
(a) SINARAN MATAHARI
Seperti yang diketahui, sinaran ultraviolet matahari adalah berbahaya jika mengenai kulit dalam masa tertentu. Pelbagai masalah kesihatan akibat sinar UV seperti garis halus pada wajah, kerosakan mata hinggalah penyakit kanser kulit.
Pakar kesihatan turut mengingatkan orang ramai untuk menggunakan krim tabir suria demi melindungi kulit mereka. Namun cadangan terbaik sebenarnya adalah memakai pakaian yang menutupi seluruh tubuh.
Sebagai maklumat tambahan, pakaian yang terang dan gelap cenderung mampu merefleksikan sinar UV berbanding pakaian berwarna pastel.
(b) UDARA PANAS
Hampir sama seperti matahari, udara panas juga membawa kesan buruk terhadap kesihatan khususnya bahagian otak. Jadi apabila udara sedang sangat panas dan seseorang harus keluar rumah, pakar kesihatan menyarankan untuk memakai pakaian yang boleh melindungi diri.
Terutamanya pada bahagian mata, kepala dan leher untuk mengurangkan risiko kesihatan yang menyerang bahagian otak.
(c) UDARA SEJUK
Tubuh yang terkena suhu sejuk terlalu lama akan membuat seseorang menderita demam, flu, rasa ngilu dan menggigil. Ujian kesihatan membuktikan bahawa 40 ke 60 peratus tahap kepanasan tubuh menurun akibat udara yang terlalu sejuk.
Hinggakan orang ramai disyorkan menutup kepala dan tubuh dengan pakaian tebal demi mengekalkan suhu kepanasan tubuh masing-masing.
(d) BERSIH
Sementara itu, untuk kerja-kerja tertentu, ada peraturan menutup kepala demi menjaga kebersihan di persekitaran pekerjaan. Misalnya jururawat, pekerja di restoran, klinik dan sebagainya.
Penutup kepala diharapkan dapat mencegah pencemaran dan penyebaran virus serta jangkitan. Banyak manfaat kesihatan dengan berhijab.
Jika anda salah seorang daripadanya, disarankan menjaga kesihatan rambut walaupun seharian berhijab. Rambut akan tetap terpelihara dan penampilan anda pasti kelihatan sopan walaupun di mana saja anda berada.
TRIVIA EKSTRA
Berhati-hati ketika menggosok rambut yang basah dengan tuala selepas mencuci rambut. Gerakan ini boleh merosakkan kutikel (di lapisan luar kulit kepala) yang mengakibatkan keguguran dan kekusutan. Sebaiknya balut rambut dengan tuala, tekan dengan lembut untuk menyerap air. Gunakan sikat bergigi jarang untuk menguraikan kekusutan.
Elakkan menyemburkan wangian secara langsung pada rambut. Minyak wangi mengandungi alkohol yang membuatkan rambut mulai kering. Bukan tidak boleh langsung tapi sembur saja wangian pada telapak tangan dan gosokkan beberapa kali agar alkohol meruap lalu gosokkannya pada rambut. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam usia perkahwinan Aidil Zafuan Abdul Razak dan isteri tercinta iaitu Zarema Zainal sudah pun menjangkau usia sembilan tahun. Pastinya pasangan ini telah melalui bermacam-macam dugaan sepanjang bergelar suami isteri namun kedua-duanya dilihat tampil ‘low profile’ dan bahagia dengan cara tersendiri.
Walau hampir sedekad berkongsi kisah suka dan duka bersama-sama, bintang bola sepak popular dan Zarema tetap romantis seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.
Apatah lagi dengan kehadiran tiga cahaya mata comel yang menyerikan lagi rumah tangga mereka. Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan kegembiraan seisi keluarga ini
melainkan dengan memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi atas segala kurniaan yang telah diberikan.
14 Mac lepas genap sembilan tahun perkahwinan Zarema dan Aidil. Masih segar lagi majlis perkahwinan pasangan tersebut yang serba mewah dan eksklusif!
Ternyata, Aidil cukup bertuah kerana dikurniakan seorang isteri yang bukan saja penyayang. Bahkan memiliki raut wajah cantik dan lembut yang membuatkan sesiapa saja tertawan dengan personaliti Zarema.
Lebih istimewa, Zarema menjadi tulang belakang dan setia menyokong kerjaya sukan suami tercinta. Suri hati Aidil juga bukan calang-calang wanita kerana dia merupakan seorang anak kenamaan di Klang, Selangor.
Sebelum ini Zarema Zainal pernah mendedahkan di media sosial mengenai perkenalan dia dan suami selepas diajukan pertanyaan daripada peminat.
Kata ibu anggun ini, mereka bertemu di rumah kakak iparnya ketika majlis cukur jambul anak saudara. Zarema terharu dengan kesungguhan Aidil yang berani berjumpa abang-abangnya yang disifatkan garang.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang zuriat iaitu Ayres Zachary, Ayden Zeeyad dan Ayzeza Zelyca. Semoga rumah tangga Zarema dan Aidil berkekalan hingga ke syurga.
Terdahulu Aidil pernah berkahwin dengan aktres Rita Rudaini dan dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Bukan 20an, 30an mahupun 40an tapi usia sebenar Puan Sri Shariffa Sabrina kini mencecah 58 tahun. Maknanya, lagi dua tahun beliau bakal memasuki umur 60 tahun. Tapi kalau tengok kepada fizikal dan rupa paras, tidak langsung mencerminkan usia tersebut. Memang awet muda! Paling mengagumkan, stamina Puan Sri Sabrina pun tidak ubah seperti anak muda. Lasak dan aktif!
Ditemui ketika sesi fotografi bersama Nona kira-kira dua tahun lalu, Puan Sri Sabrina yang merupakan Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) tetap ‘kaya’ dengan sikap ramah dan rendah diri. Peribadinya masih sama seperti kali pertama mengenali figura wanita hebat ini.
Juga disifatkan seorang yang lantang menyuarakan pendapat dan berjiwa besar, pertemuan kami ketika itu lebih berkisar tentang kecantikan dan gaya hidup sihat yang diamalkan ibu kepada lima orang anak berkenaan.
Terkejut dengar petua sihat dan ramping yang diamalkan beliau. Sebagai personaliti ternama dan langsing seperti anak dara, pasti ramai yang beranggapan ibu aktif ini sanggup berhabis wang untuk memiliki susuk tubuh menawan. Realitinya, terang pemilik nama Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil ini sejak umur 15 tahun lagi beliau sudah mula tidak makan nasi!
Gemar berkongsi kebaikan dengan masyarakat, Puan Sri Sabrina turut mendedahkan perwatakan sebenar beliau yang meminati aktiviti lasak dan mencintai senaman. “Dah lebih dua tahun saya buat exercise di Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam. Setiap hari dari pukul 7.45 pagi kami akan berkumpul di sana dan lakukan senaman seperti Qi Gong. Memang ramai yang datang dan salah satu manfaat senaman ini ialah dapat kuruskan badan, melegakan lenguh badan dan macam-macam lagi.
Jujurnya saya tidak begitu menggemari zumba tapi saya suka menari. Boleh dikatakan semua jenis tarianlah. Paling saya suka, modern dance,” jelas pemilik Tanah Aina Cafe dan Tanah Aina Resort ini.
Jika kebanyakan wanita bersikap skeptikal bila diajukan soal berat badan, namun tidak bagi Puan Sri Sabrina. Enggan berselindung, dia lantas melontar bicara. “Berat saya sekarang 55 kg. Tinggi pula 5 kaki 5 inci. Zaman anak dara dulu berat badan cuma 50 kg je.”
“Puan Sri jenis tak kuat makan ke?” celah penulis. “Eh, saya suka makan. Cuma tak makan nasi itu je. Sebenarnya sejak umur 15 tahun sampailah sekarang saya dah tak makan
nasi. Saya gantikan nasi tu dengan pengambilan roti dan ubi… macam ubi keledek dan ubi kayu.
Memandangkan umur saya dah 58 tahun sekarang.. maknanya dah lebih 40 tahun saya tak makan nasi. Bagus kalau makan ubi ni sebab di Afrika contohnya, ia adalah negara di dunia yang paling kurang rakyatnya hidap kanser sebab mereka makan makanan dari sumber bawah tanah.”
Disebabkan kecintaannya terhadap dunia kecergasan dan sukan, Puan Sri Sabrina turut membuka pusat kecergasan Tanah Aina Fitness Centre di Shah Alam khas buat kaum wanita mengadakan aktiviti dan rutin senaman bersama-sama.
Kredit Foto: Instagram Puan Sri Sabrina
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...