Sebelum menghabiskan bulan terakhir dalam tahun 2020 ini, apakata kita gembirakan hati insan tersayang dengan bingkisan istimewa. Sungguhpun 2020 menjadi tahun cabaran tetapi kasih sayang dan ingatan indah untuk mereka jangan dilupakan!
SATURDAY SKIN YUZU VITAMIN C SLEEPING MASK
Tidurlah dengan lena selepas ‘diselimutkan’ dengan segala kebaikan daripada Yuzu Vitamin C Sleeping Mask ini. Magisnya buah Yuzu yang begitu terkenal dengan kebaikan dalam perubatan, penjagaan kulit dan mandian yang dipraktikkan dalam budaya Asia. Sebaik anda bangun dari tidur, khasiat dari buah Yuzu akan memberikan kulit terasa segar, lembap dan mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah. Ini berita baik kan? Cepat klik
sebelum terlambat!BRIOGEO FAREWELL FRIZZ
Bayangkan haruman minyak rosehip, argan dan kelapa membaluti mahkota indah. Tentunya bahan-bahan ini menjadi rawatan terbaik untuk rambut anda. Ia melembap, memberi kelembutan serta mengelakkan dari berlakunya rambut menggerbang. Dengan syampu, perapi dan conditioning spray dalam satu kotak, kit istimewa ini bakal menjadi teman baik anda tidak lama lagi!
TATCHA PURE GLOWING TRIO
Dihasilkan daripada beras ungu Jepun yang mewah dengan antioksidan, set tiga beradik ini iaitu Dewy Skin Cream, The Rice Wash dan The Silk Peony, anda bakal melihat perubahan kulit yang ketara lebih cerah, bersih dan halus. Hanya dengan membersihkan muka dengan The Rice Wash, anda akan begitu teruja untuk meneruskan sesi rutin kecantikan seterusnya.
HUDA BEAUTY NEW LIMITED-EDITION OBSESSIONS EYESHADOW HAZE PALETTES
Siapa yang tidak mahu menonjol dengan solekan paling indah? Pembayang mata dengan tiga pilihan warna; Khaki Haze, Sand Haze dan Purple Haze memberi modern-twist pada ikonik smokey-eye yang terbaharu. Setiap palet kekal dengan kualiti pigmented dan memudahkan anda ‘berkarya’ dengan mudah pada bahagian mata. Lihatlah pilihan warnanya, sungguh memukau!
MARIO BADESCU MINI MIST COLLECTION
Jangan kata ketika bercuti, di rumah dan di pejabat pun kita perlukan face mist atau penyegar wajah. Semburan penyegar wajah empat sekawan ini sangat menepati setiap mood anda. Di datangkan dalam set travel-friendly, kesegaran dari aloe vera, herba, rosewater, timun, teh hijau, chamomile, lavender, sage dan orange blossom boleh membuatkan anda tenang dan lebih relax.
This website uses cookies.