Kecantikan

Nak Krim Pelembap Ringan, Tak Melekit? Hada Labo Hydrating Snow Dew Ini Siap 2x Prebiotik & Tapis Blue-Light!

Wanita berkerjaya mesti pandai jaga kulit. Almaklum, selain kelihatan lebih rapi dan berkeyakinan, penjagaan yang betul dengan perlindungan paparan sinar biru atau blue-light dapat mengelakkan masalah-masalah kulit akibat bekerja di bawah penghawa dingin, kerap menggunakan komputer atau gadget. Kerana itu inovasi krim pelembap Hada Labo Hydrating Snow Dew terbaharu cukup ideal kerana kemampuannya membekalkan lembapan dengan efektif.

Memahami rungutan wanita yang tidak gemar krim pelembap kerana membuatkan kulit berminyak, Hada Labo Hydrating Snow Dew kini tampil dengan tekstur sorbet yang ringan dan menyegarkan, mencair ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa berat atau berminyak.

Sebelum anda bersiap ke tempat kerja, pastikan wajah dioles dengan Hada Labo Hydrating Snow Dew sebagai prepping skin

. Tujuannya agar solekan tahan lama dan tidak merekah kerana kekeringan.

Ia juga mengekalkan lembapan sepanjang hari dengan kebaikan Japanese Way of Moisturization. Konsep Japanese Way of Moisturization menerusi produk ini memfokus kepada 4 aspek penting:

  1. Lembapan mendalam adalah kunci kepada kulit yang halus mulus.
  2. Hanya menggunakan sumber yang berkualiti tinggi.
  3. Hanya mengandungi sumber penting, tidak lebih atau kurang.
  4. Menekankan regim penjagaan kulit yang ringkas tapi efektif.

Masa terhad dan seharian sibuk bekerja. Anda tentu sekali perlu memilih produk berprestasi tinggi, ringkas dan mampu melembapkan kulit dengan sempurna.

Tambahan ciri anti-blue light menepati lagi keperluan kulit wanita Asia yang cenderung lebih berminyak dan sensitif. Dengan amalan yang konsisten, ia membantu menunda penuaan dan menyerikan wajah dengan lebih sempurna.

 

 

Tekstur krim yang ringan membuatkan ia pilihan terbaik untuk kulit normal, berminyak atau kombinasi. Kulit kekal lembap tanpa rasa berat, selain bersifat anti-blue light dan mampu merawat rintangan kulit yang lemah agar kembali sihat semula jadi.

 

FORMULASI DIPERMAJUI:

2x Prebiotik Menguatkan Rintangan Kulit
Dah cuba bermacam produk penjagaan kulit tapi satu pun tidak membantu menyelesaikan masalah kulit kusam! Sebenarnya, dengan menguatkan rintangan kulit, semua masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah. Prebiotik dikenali kerana keupayaannya menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma baik sekaligus membantu menguatkan rintangan semula jadi kulit, menjadikannya lebih tahan terhadap tekanan persekitaran.

4HAs + Ceramide Melembapkan Kulit Secara Mendalam
Gabungan empat jenis Asid Hyaluronik (HA) dan Ceramide sangat berkesan dalam menghidratkan setiap lapisan kulit. Asid Hyaluronik juga membantu menguatkan rintangan semula jadi kulit, menghalang kehilangan lembapan dan meningkatkan kapasiti pengekalan kelembapan kulit secara keseluruhan. Penghidratan yang mendalam ini boleh menghasilkan kulit yang lebih gebu, licin dan lebih muda.

Ultra-mikro Sarcosine & Mikrosfera Kawalan Minyak Untuk Mengawal Minyak
Komponen ini bekerjasama untuk meminimumkan penampilan pori-pori dan mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada kulit. Dengan mengawal pengeluaran minyak, ia membantu menghalang kulit daripada kelihatan terlalu berminyak atau berkilat, membawa kepada penampilan yang lebih seimbang dan segar. Ini boleh memberi manfaat terutamanya untuk individu yang mempunyai kulit berminyak atau kombinasi, kerana ia membantu mengekalkan kulit yang lebih matte

dan sekata sepanjang hari.

Tekstur Sorbet Yang Ringan & Menyegarkan
Tekstur menyegarkan, ringan dan mudah diserap oleh kulit, memberikan penghidratan optimum tanpa meninggalkan kesan berat atau berminyak. Sesuai untuk hijabi yang memiliki kulit berminyak atau kombinasi yang memerlukan penghidratan tanpa rasa berat.

 

Dengan semua kebaikan ini, dapatkan Hada Labo Hydrating Snow Dew sekarang. Untuk maklumat lanjut, layari info Hada Labo seperti yang tertera.

Website: Hada Labo Malaysia
Facebook: MY Hada Labo

 

#HadaLaboMalaysia

#HydratingSnowDew

#PrebioticAntiBlueLightHydration

 

Share
Published by
Norzalina