Cuaca panas dan penghawa dingin di pejabat boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Selain krim pelembap, face mist juga ‘wajib’ anda jadikan teman baik agar wajah lebih segar dan berseri.
1. Melembap dan melegakan
Iritasi pada kulit sering berlaku bila tubuh dalam keadaan dehidrasi. Bayangkan kulit anda adalah penghalang daripada kesan pencemaran udara, cahaya terik matahari dan bakteria. Produk penyembur wajah yang berfaedah dan sesuai dengan semua jenis kulit adalah Thermal Water Spray yang kaya dengan mineral dan melindungi kulit dari serangan luar.
2. Hidrasi dan perlindungan matahari
Pendedahan kepada ultraviolet dan cahaya matahari adalah antara faktor penyumbang kepada kulit wajah kering. Untuk memastikan kelembapan wajah sentiasa stabil pda tahap normal, hidrasi secara intensif dan perlindungan sangat diperlukan daripada krim siang anda.
Kerana itu, kita digalakkan menyapu wajah dengan krim mengandungi SPF setiap dua jam. Untuk lebih mudah, semburan wajah yang mengandungi SPF sangat diperlukan ketika ini. Hanya semburkan pada wajah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
3. Perlindungan dari pencemaran alam sekitar
Kulit wajah kita mempunyai pori yang membolehkan asap, habuk, gas dan pelbagai lagi pencemaran udara untuk masuk ke dalam liang pori yang terbuka. Inilah musuh yang akan menyebabkan wajah lebih cepat tua.
Penyembur wajah dari bahan semula jadi misalnya menggunakan tumbuhan yang melindungi kulit dan memberi hidrasi secara semula jadi. Malah ia juga menghalang ancaman kepada kulit wajah.
4. Mempertingkatkan penghidratan
Kulit yang mendapat pendedahan berpanjangan menghakis kelembapan semula jadi. Cuba perhatikan arahan pada botol penyembur wajah anda, di mana anda perlu dab menggunakan jari agar kandungan semburan meresap ke dalam kulit.
Penyembur wajah mengandungi antiokxidant photophenols dan plant glycerin sangat sesuai untuk melembut dan menghalang kehilangan kelembapan.
5. Solekan tampak semula jadi
Sebelum mengenakan solekan, penyembur wajah ini juga boleh melembapkan kulit, menjadikan solekan anda lebih semula jadi. Rona yang ‘memeriahkan’ wajah anda juga mudah diratakan dan tahan lebih lama.
6. Kurangkan pengeluaran minyak
Bahagian zon-T dan liang pori besar ada dua perkara yang perlu dihadapi oleh mereka yang mempunyai kulit berminyak. Kehadiran penyembur wajah adalah penyelamat yang membersihkan liang pori, memastikan ia bersih dan melepaskan lebihan sebum serta mengelakkan jerawat.
This website uses cookies.