Nak Kurus Di Bulan Ramadan? Ini 10 Tip Diet Yang Boleh Diamalkan!

Rata-rata orang mengambil kesempatan di bulan Ramadan untuk menurunkan berat badan atau menyimpan hajat untuk berdiet. Hakikatnya, ramai yang ingin berdiet tetapi jarang sekali konsisten dan bersungguh dalam melaksanakannya. Jadi, untuk Ramadhan kali ini anda berusaha untuk berdiet sambil menjadikan tubuh badan bebas daripada sebarang penyakit.

Jon Nona kongsikan 10 tip diet semasa berpuasa yang anda boleh amalkan sepanjang Ramadhan ini. Jika Diamalkan secara konsisten, inyaallah berat badan anda akan turun dan boleh mendapatkan bentuk badan idaman.

1. Minum air masak 8 gelas sehari

Sepanjang bulan ramadan, kita mempunyai waktu yang terhad untuk mencukupi keperluan tubuh badan dengan air. Oleh itu, kita sebaiknya melebihkan pengambilan air kosong pada waktu malam dan menghadkan 2-3 gelas sahaja pada waktu sahur. Teknik ini dilihat sangat berkesan dalam mengekalkan hidrasi tubuh badan kita.

Seperti saranan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kita dicadangkan untuk mengambil sebanyak 8 gelas air sehari seperti berikut dan dinyatakan dalam gambar di atas. Saranan tersebut menyatakan kita perlu mengambil segelas air pada waktu berikut:

• Ketika bangun bersahur
• Selepas bersahur
• Selepas azan Maghrib
• Selepas menunaikan solat Maghrib
• Selepas berbuka
• Selepas solat Isyak
• Selepas solat Terawih
• Sebelum tidur

2. Elakkan makan berlebihan

Ia seperti menjadi kebiasaan dan tabiat wajib untuk kita lakukan ketika berpuasa. Kita pasti akan makan secara keterlaluan ketika berbuka ataupun ketika selepas solat terawih.
Bagi memastikan diet anda berjaya, anda wajib mengelakkan untuk mengambil makanan terlalu banyak terutama sebelum tidur. Ini kerana, perut yang masih dalam keadaan kekenyangan akan merangsang tubuh mengalami kegemukan.

Dalam menu berbuka ataupun bersahur, anda harus meminimumkan pengambilan makanan bergoreng, berminyak dan manis. Untuk elakkan anda mengambil kadar makanan yang berlebihan, anda mesti berhenti makan sebelum anda berasa kenyang. Makan secara sekadar sahaja dan kadar yang sedikit itu lebih baik.

3. Jangan ‘skip’ sahur

Walaupun kita sedang berdiet, kita sebaiknya tidak ‘skip’ sahur walaupun hanya ambil segelas air dan sebiji kurma sahaja. Ia adalah antara sunnah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan puasa kita lengkap dan membekalkan tenaga yang mencukupi di siang hari.
Walaupun amalan tersebut akan mengurangkan kadar kalori dalam tubuh, ia tetap amalan yang tidak sihat dan baik untuk tubuh badan anda.

4. Protein yang mencukupi

Ketika sahur, anda perlu menambahkan pengambilan protein bagi membekalkan tenaga yang cukup untuk anda sepanjang hari. Antara sumber protein terbaik ialah putih telur, daging bakar, ikan stim, ikan asam pedas atau ayam kukus. Ini adalah antara menu terbaik bagi mereka yang sedang berdiet.

Jika anda mengambil nasi atau mee atau bihun ketika bersahur, ia tidak menjadi satu kesalahan. Tetapi, anda perlu bersederhana dalam pengambilannya dan hanya mengambil dalam kuantiti yang sedikit.

Hanya segenggam sahaja sudah memadai untuk menampung keperluan harian anda. Anda sebolehnya elakkan mengambil makanan yang masin ketika bersahur. Ini kerana, kandungan garam yang tinggi akan menyebabkan kita mudah berasa haus di siang hari.

5. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar dalam menu

Dalam pemakanan yang sihat, anda disarankan untuk mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar. Tetapi, pastikan ia disediakan dalam menu yang sihat dan baik untuk tubuh badan anda. Jika anda teringin nak minum minuman manis, anda boleh membuat sendiri jus buah-buahan atau smoothie tanpa gula. Makanan kekacang yang diambil haruslah bebas daripada kandungan garam.

Nakkan hidangan menjadi lebih menarik, anda jadikan buah-buahan atau sayur-sayuran tersebut sebagai sajian salad. Ia pasti akan menyelerakan dan berkhasiat untuk anda amalkan ketika bersahur. Ia sekaligus membekalkan sumber nutrisi yang lengkap untuk anda pada waktu siang.

6. Elakkan minuman dan makanan manis

Sepanjang berpuasa, anda sebaiknya menjuahkan diri daripada segala minuman manis atau berkafien tinggi. Adalah sebaiknya anda mengambil air kosong sebagai minuman wajib setiap hari ketika bersahur dan berbuka.

Anda harus ketahui bahawa air kosong mengandungi sifar kalori dan berupaya membantu anda merembeskan sisa toksik dalam badan dengan baik.

Tidak salah jika anda mengambilnya tetapi anda harus mengawal dalam kuantiti yang sedikit atau sederhana sahaja. Jika anda membuat sendiri, kurangkan penggunaan gula dalam masakan tanpa menjejaskan rasa. Tetapi kurang manis itu lebih baik dan selamat untuk tubuh badan anda.

7. Kekal bertenaga dengan senaman ringan

Anda diingatkan supaya tidak membataskan diri sepanjang berpuasa dan menjadikan ia sebuah alasan. Anda tidak disarankan untuk hanya tidur dan bermalasan sepanjang hari tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Ia bukanlah satu saranan supaya anda melakukan senaman yang berat setiap hari. Tetapi, anda harus pastikan aktiviti harian masih berjalan dengan melaksanakan kerja rumah, bergotong-royong, membantu ibu ayah melakukan kerja dan apa jua aktiviti yang menjadikan tubuh anda sentiasa aktif.

8. Bersahur dengan makanan tinggi protein

Jika anda mulakan hari dengan pemakanan berprotein tinggi akan melambatkan proses pembakaran kalori berbanding makanan berkarbohidrat tinggi. Rasa lapar memang tidak dapat dielakkan memandangkan kita berpuasa seharian, tetapi anda boleh mengurangkan rasa tersebut dengan mengambil makanan berprotein tinggi ketika bersahur seperti nasi merah, oatmeal, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Menu bersahur anda perlu ditambahkan dengan makana tinggi protein bagi bekalan tenaga yang mencukupi untuk ketahanan badan sepanjang hari. Sumber makanan yang mengandungi protein ialah putih telur, daging bakar, ikan masak stim, ayam masak kukus. Bagi mereka yang ingin berdiet, anda bolehlah masukkan makanan ini dalam sajian bersahur atau berbuka anda.

9. Lebihkan serat dalam pemakanan

Selain daripada makanan yang tinggi protein, anda juga perlu lebihkan makanan berserat tinggi dalam diet berpuasa anda. Ia membantu menjadi sumber tenaga yang mencukupi untuk tubuh sepanjang hari berpuasa. Ia akan menjadikan proses metabolisme badan bertambah baik sehingga kita tidur juga akan lebih banyak terbakar.

Jadi, anda ynag ingin menurunkan berat badan atau mengalami masalah obesiti yang tinggi, anda amatlah disarankan untuk mengamal diet atkins yang bersesuaian untuk tubuh badan anda.

10. Ambil Vitamin mencukupi

Bagi mendapatkan bekalan vitamin yang mencukupi untuk tubuh badan, anda perlu pastikan pengambilan buah-buahan yang segar dalam pemakanan adalah mencukupi. Ini kerana keperluannya akan meningkat terutama sekali ketika kita berpuasa.

Vitamin seperti vitamin C, E dan D amatlah penting untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh badan terutama untuk seharian berpuasa.

Share
Published by
Fadhli Ismail