Mudahnya berdiet jika anda kenal makanan yang mampu membantu anda untuk mencapai matlamat itu. Nona sediakan 6 jenis makanan pelangsing tubuh secara semulajadi buat anda.

Pir

Ads

Ia kaya dengan serat dan kandungan air, sesuai dijadikan hidangan harian buat mereka yang berdiet. Ini kerana selain membantu anda untuk kembali langsing, kandungan airnya juga baik untuk kelembapan kulit. Kandungan seratnya pula dapat memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama.

Nak Kurus Secara SEMULAJADI Di Samping Menjaga Bentuk Badan? Ini Jawapannya!

Oren

Buah oren sangat tinggi vitamin C dan flavanoid yang membantu mempertingkatkan pembakaran lemak dalam tubuh. Mulakan  hari anda dengan segelas jus oren segar tanpa tambahan gula. Selain diminum dalam bentuk jus, anda juga boleh tambahkan hirisan oren  ke dalam hidangan salad.

Nak Kurus Secara SEMULAJADI Di Samping Menjaga Bentuk Badan? Ini Jawapannya!

Timun

Timun adalah sayuran segar rendah kalori yang paling mudah dinikmati saat berdiet. Ia juga mempunyai sifat penyejuk yang baik untuk badan kala cuaca panas. Anda boleh nikmatinya begitu sahaja sebagai ulam atau tambahkan ia bersama kekacang untuk dijadikan salad.

Nak Kurus Secara SEMULAJADI Di Samping Menjaga Bentuk Badan? Ini Jawapannya!

Ads

Yogourt

Yogourt anda wajib jadikan snek ringan ketika berdiet. Makanan yang rendah kalori dan tinggi nutrisi ini sangat mengeyangkan jika dinikmati. Ia juga tinggi kandungan kalsium yang baik untuk tulang dan penurunan berat badan.

Nak Kurus Secara SEMULAJADI Di Samping Menjaga Bentuk Badan? Ini Jawapannya!

Jus Lemon

Ads

Dua gelas jus lemon segar bersama satu sudu  madu setiap awal pagi dan malam dapat membantu proses diet anda menjadi lebih efektif. Ia membantu membakar lemak serta membantu meremajakan kulit dari dalam.

Nak Kurus Secara SEMULAJADI Di Samping Menjaga Bentuk Badan? Ini Jawapannya!

Lobak Merah

Lobak merah boleh dijadikan sup, salad, jus ataupun manisan. Biasakan diri anda untuk menikmati semangkuk jus lobak merah sebelum hidangan utama bagi membantu menimbulkan rasa kenyang. Ia akan membantu anda mengurangkan jumlah pengambilan makanan dalam hidangan utama.Selain itu, lobak merah juga kaya dengan vitamin A yang baik untuk kesihatan anda

Nak Kurus Secara SEMULAJADI Di Samping Menjaga Bentuk Badan? Ini Jawapannya!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI